• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki GSX-8R: Sportbike Baharu Jadi Tumpuan Ramai di Pameran EICMA 2023

Suzuki GSX-8R: Sportbike Baharu Jadi Tumpuan Ramai di Pameran EICMA 2023

November 8, 2023 By Shawkath Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda masih ingat, Suzuki beberapa bulan lalu memperkenalkan streetfighter Suzuki GSX-8S dan model itu sudah dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Kini, pengeluar Jepun itu mempertonton satu model baharu iaitu Suzuki GSX-8R di Pameran Motor Milan (EICMA) 2023. Secara asasnya, 8R ialah ‘8S versi fairing’. Pun begitu, kedua-duanya ada sedikit perbezaan.

PERBEZAAN

  • 8R dapat visor angin rekaan aerodinamik.
  • Fairing penuh dan fairing depan pula adalah hasil inspirasi daripada GSX-R.
  • Bar hendal tempaan aluminium jenis clip-on. (8S: bar hendal aluminium tapered)
  • Lampu utama dipasang pada kowl depan (8S: lampu depan ikat pada fork)
  • Lampu siang LED diposisi di atas lampu rendah dan tinggi (8S: Lampu DRL LED di sisi lampu utama)
  • Cermin sisi dipasang pada kowl depan (8S: cermin sisi pasang atas bar hendal)
  • Fork depan USD Showa SFF-BP (8S: KYB USD)
  • Monoshock Showa (8S: monoshock KYB).

WARNA

  • 4 warna pilihan Metallic Triton Blue (biru), Pearl Ignite Yellow (kuning), Metallic Mat Sword Silver (perak) dan Metallic Mat Black No.2 (hitam).

PERINCIAN

  • 8R meminjam enjin 8S iaitu jenis 4-lejang dwi-silinder sebaris 776cc DOHC 8-injap 270º penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 83hp @ 8,500rpm, dan tork 78Nm @ 6,800rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan Quick Shifter dwi-hala (atas dan bawah) untuk anjakan naik dan turun gear lebih lancar .
  • Brek cakera kembar 310mm dengan kaliper 4-piston (depan), cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang). Sistem ABS sebagai ciri standard.
  • Rim aluminium 17 inci dengan tayar Dunlop Sportmax Roadsport 2 saiz 120/70 (depan), dan 180/55 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,155mm, lebar 770mm, tinggi 1,135mm. Jarak roda 1,465mm dan jarak lega bumi 145mm.
  • Tinggi pelana 810mm dan berat kasar 205kg.
  • Tangki minyak 14 liter. Penggunaan bahan api ialah 23.8km dengan setiap liter petrol atau 4.2L per 100km (kitaran WMTC).

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Pameran Motor Milan (EICMA) 2023, roda2, Suzuki GSX-8R, Suzuki Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my