• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Media Malaysia, Antarabangsa Uji Barisan Tayar Hebat BFGoodrich di Thailand!

Media Malaysia, Antarabangsa Uji Barisan Tayar Hebat BFGoodrich di Thailand!

November 8, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


WAKIL PanduLaju dan rakan media lain, termasuk antarabangsa baru-baru ini diberi peluang menyertai acara BFGoodrich Day 2023 untuk menguji kehebatan jenama tayar dari Amerika Syarikat (AS), BFGoodrich di Taman Negara Khao Yai, Nakhon Ratchasima, Thailand.

Ini juga kali pertama BFGoodrich menganjurkan acara seumpama itu yang memberi peluang unik kepada tetamu undangan merasai sendiri ciri dan prestasi tayar jenama AS itu atas permukaan jalan raya biasa dan off-road.

bfgoodrich-day-2023-11
bfgoodrich-day-2023-11-a

Berlangsung 3-11 November 2023, acara ini dihadiri lebih 200 wakil pengedar, warga media dan juga pempengaruh dari 8 negara Asia Timur dan Oseania, iaitu, Malaysia, Australia, Indonesia, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Thailand, dan Vietnam.

BFGoodrich Day 2023 membuka Zon Pameran dan lima Stesen Bengkel.

Di Zon Pameran, kami didedahkan dengan  kekayaan sejarah dan legasi jenama BFGoodrich yang berusia lebih 150 tahun.

Jenama ini diasaskan Dr Benjamin Franklin Goodrich di Amerika Syarikat pada 1870. BFGoodrich kemudian menjadi sebahagian Michelin Group sejak 1990.

Antara inovasi rintis dibuat sejak penubuhan pengeluar tayar itu adalah seperti tayar radial AS pertama, tayar radial semua permukaan All-Terrain, dan permukaan berlumpur Mud-Terrain pertama dunia, serta tayar pilihan rasmi pesawat angkasa Columbia Space Shuttle.

BFGoodrich turut merangkul pelbagai acara sukan permotoran popular seperti Le Mans 24 Hours, Baja 1000, dan Rali Dakar.

Selain berkongsi pelbagai maklumat, Zon Pameran juga mempamerkan semua barisan produk BFGoodrich, membabitkan tayar jalan raya biasa dan off-road.

bfgoodrich-day-2023-14
bfgoodrich-day-2023-13
bfgoodrich-day-2023-15
bfgoodrich-day-2023-16
bfgoodrich-day-2023-12
  • BFGoodrich Trail Terrain T/A (RM984-RM1,690): Tayar premium dengan prestasi jalan raya cemerlang, dan daya prestasi ringan di jalan off-road.
  • BFGoodrich All-Terrain T/A KO2 (RM930-RM2,398): Tayar ikonik untuk jentera 4x4, 4x2, SUV, dan pikap tinggi dengan cengkaman jalan off-road hebat walaupun merentasi permukaan paling mencabar.
  • BFGoodrich Mud-Terrain T/A KM3 (RM1,662-RM3,827): Tayar wajib dimiliki peminat tegar aktiviti off-road yang mahukan kelasakan dan cengkaman ekstrem.
  • BFGoodrich Advantage Touring: Tayar jalan raya sangat berbaloi yang sempurna untuk aktiviti pemanduan harian di kawasan bandar. Tayar ini dirumus khas untuk memberi keyakinan kepada pengguna jalan raya.
  • BFGoodrich g-Force Phenom (RM438-RM1,241): Tayar jalan raya prestasi tinggi yang mampu menaik taraf pengalaman memandu dalam pemanduan atas permukaan jalan basah atau kering.
bfgoodrich-day-2023-9
bfgoodrich-day-2023-6

Pengalaman pemanduan mengujakan menanti peserta di lima Stesen Bengkel disediakan, dan dua daripadanya dikhaskan untuk aktiviti off-road (cross country, hotlap, dan offroad buggy) yang bertempat di lapangan perkhemahan Wild Calling Farm Park yang dikelilingi gunung-ganang.

Dua lagi aktiviti adalah untuk aktiviti atas litar mini berturap (on road) untuk menguji aspek pengendalian dan pembrekan yang terletak di 8 Speed Motor Track, iaitu lokasi versatil untuk aneka acara selain perlumbaan di kawasan seluas hampir 20 ekar.

Akhir sekali adalah sesi kembara ke Khao Yai Tieng, iaitu destinasi pergunungan dengan pemandangan menakjubkan.

bfgoodrich-day-2023-2
bfgoodrich-day-2023-3
bfgoodrich-day-2023-4
bfgoodrich-day-2023-5
bfgoodrich-day-2023-6
bfgoodrich-day-2023-7
bfgoodrich-day-2023-8
bfgoodrich-day-2023-9
bfgoodrich-day-2023-10
bfgoodrich-day-2023-12
bfgoodrich-day-2023-13
bfgoodrich-day-2023-14
bfgoodrich-day-2023-15
bfgoodrich-day-2023-16

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Roda4 Tagged With: aksesori, Auto Terkini, BFGoodrich, BGGoodrich Malaysia, Michelin, Roda4, Tayar, Tayar BFGoodrich

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev