• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Gixxer 250 SF (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM15.2k!

Suzuki Gixxer 250 SF (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM15.2k!

November 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGMEN sportbike 250cc Malaysia pasti meriah dengan ketibaan model Suzuki Gixxer 250 SF (2023), satu lagi opsyen selain tiga model popular iaitu Modenas Ninja 250, Yamaha YZF-R25 dan Honda CBR-250RR.

Gixxer 250 SF pernah membuat penampilan di Kuala Lumpur Bike Show 2023 dan merupakan produk pemasangan tempatan di kilang Suzuki Malaysia. Berikut ialah perinciannya:

WARNA

  • Satu varian diperkenalkan dengan dua skim warna pilihan iaitu Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue (biru perak edisi GP) dan Metallic Matte Black No. 2 (hitam kusam).

HARGA

Harga mengikut skim warna seperti berikut:

  • Hitam: RM15,200
  • Edisi GP: RM15,500

Harga disyorkan Suzuki Malaysia itu belum termasuk kos lain iaitu caj pendaftaran, insurans dan cukai jalan.

PERINCIAN

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 249cc SOHC, sistem suntikan bahan api dan teknologi penyejukan minyak Suzuki Oil Cooling System (SOCS), menghasilkan kuasa 26.7hp pada 9,300rpm dan tork 22.2Nm pada 7,300rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan.
  • Diiktiraf sebagai sportbike berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) disebabkan teknologi Suzuki Eco Performance (SEP) yang membantu kecekapan penggunaan bahan api.
  • Fork konvensional (depan), penyerap hentak tunggal (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda dengan padanan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Dimensi motosikal panjang 2,010mm, lebar 740mm dan tinggi 1,035mm. Jarak roda 1,345mm dan jarak bumi 165mm.
  • Berat kasar motosikal 161kg, pelana setinggi 800mm.
  • Tangki minyak 12 liter dan didakwa boleh ditunggang sejauh 400km sebelum buat isian semula.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang).
  • Sistem pencahayaan lampu hadapan dan belakang jenis LED dan kluster meter LCD.

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, roda2, sportbike 250cc, Suzuki Gixxer 250 SF (2023), Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my