UJIAN dan proses percubaan sistem pembayaran tol terbuka dijangka bermula tahun depan. Buat masa ini, sistem bayaran itu masih di peringkat kajian.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menjelaskan sistem itu melibatkan teknologi pengecaman nombor kenderaan automatik (ANPR) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) melalui sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).
Beliau berkata:
Sekarang dalam proses kajian (pembayaran tol terbuka), kita akan cuba pada 2024 penggunaan sistem tersebut secara pada kadar yang lebih sesuai.”
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Star, Afnan Hamimi Taib Azamudden di Dewan Rakyat
Menjelaskan lanjut, Abdul Rahman berkata, sistem itu untuk menambah baik mutu pengurusan lebuh raya terutama dari segi sistem kutipan tol agar pengguna tidak perlu bersesak-sesak semasa membuat pembayaran.
Setakat ini, ada 416 lorong RFID di seluruh lebuhraya di seluruh negara.
SUMBER: TV3
Leave a Reply