• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Halang Anggota MPBP Jalankan Tugas Sudah Kena Cekup Polis

Lelaki Halang Anggota MPBP Jalankan Tugas Sudah Kena Cekup Polis

November 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan seorang lelaki kerana didakwa menghalang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) mengeluarkan kompaun ke atas dirinya atas kesalahan berkaitan parkir kereta di Jalan Flora, Taman Flora, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek lelaki berumur 33 tahun itu ditahan selepas penguatkuasa berkenaan membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat kira-kira jam 3.50 petang.

Beliau menjelaskan, terdahulu kira-kira jam 11 pagi, lelaki berkenaan dikatakan menyerang dengan menolak anggota penguatkuasa MPBP itu sehingga terjatuh.

Tindakan suspek dikatakan pencetus pergaduhan antara mereka tetapi berjaya dileraikan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Ismail berkata:

Kedua-dua pihak mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).”

Tambahnya, lelaki itu disiasat atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.

SUMBER: BERNAMA

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Ismail Dollah, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?
    #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev