SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) meluaskan tawaran trak pikap dengan pengenalan satu varian baharu, Ford Ranger Platinum (2023) ke pasaran Malaysia pada harga atas jalan tanpa insurans RM183,888.
Ford Ranger Platinum 2.0L Bi Turbo Diesel ialah trak pikap versi dwi kabin (double cab) yang beberapa ciri tambahan sebagai kenderaan pacuan empat roda (4x4) premium, khas buat mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Berikut perincian Ford Ranger Platinum 2.0L Bi Turbo Diesel:
SENARAI HARGA
- Semenanjung Malaysia: RM183,888
- Sabah: RM189,688
- Sarawak: RM189,688
* Harga atas jalan tanpa insurans.
JAMINAN, OPSYEN
Ranger Platinum diberi waranti pengilang selama lima tahun atau jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu).
Ada opsyen tambah tempoh waranti, sama ada enam tahun, tujuh tahun atau hingga tambahan jarak 40,000km. Pakej ini dipanggil Premium Care Extended Warranty Package (EWP) dengan harga seperti berikut:
- 5 tahun atau 200,000km - RM2,300
- 6 tahun atau 160,000km - RM4,200
- 6 tahun atau 200,000km - RM5,200
- 7 tahun atau 160,000km - RM5,600
- 7 tahun atau 200,000km - RM6,900
SDAC juga menyediakan pakej lanjutan servis (Extended Service Plan, ESP) seperti berikut:
- Basic ESP2: 2 tahun atau 40,000km: RM2,982
- Basic ESP3: 3 tahun atau 60,000km: RM5,263
- Basic ESP5: 5 tahun atau 100,000km: RM8,496
- Comprehensive ESP5: 5 tahun atau 100,000km: RM10,364
WARNA
Hanya tiga warna pilihan ditawarkan buat pelanggan Malaysia:
- Equinox Bronze (tembaga)
- Meteor Grey (kelabu)
- Absolute Black (hitam)
ENJIN
- Trenkuasa diesel 4-silinder sebaris 1,996cc dengan sistem suntikan Commonrail dan turbo kembar, menawarkan output kuasa 207hp @ 3,750rpm dan tork 500Nm @ 1,750-2,000rpm.
- Sistem transmisi automatik 10-kelajuan dengan Select Shift dan E-Shifter.
- Mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand.
- Sistem pacuan empat roda (4x4).
APA YANG MENARIK?
LUARAN
- Gril baharu dengan lencana Platinium ditampal di atas hud.
- Ranger pertama menggunakan rim aloi 20 inci.
- Menerima kemasan krom.
- Lampu utama jenis matriks LED.
- Hendal pintu belakang mudah.
- Sistem rak fleksi.
- Rel bumbung gelangsar.
- Power Roller Shutter.
DALAMAN
- Tempat duduk kulit.
- Kerusi depan ada ciri pemanas dan pengudaraan.
- Kerusi depan boleh laras 10-tetapan dengan fungsi memori untuk pemandu.
- Skrin kluster instrumen 12.4 inci.
- Skrin unit infotainmen 12 inci.
- Sistem pembesar suara dan audio Bang & Olufsen.
- Lampu ambien.
- Papan pemuka meminjam gaya model Everest khususnya ciri kotak simpanan.
- Bahagian tengah kerusi depan tertera lencana Platinum.
Leave a Reply