• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Mahu Servis Kereta di Bengkel Luar atau Pusat Servis?

#ApaNakBuat: Mahu Servis Kereta di Bengkel Luar atau Pusat Servis?

November 27, 2023 By Azhan O 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pemilik lebih gemar memilih untuk servis kereta di bengkel luar, terutama selepas tamat tempoh waranti, kononnya harga lebih murah.

Namun, tahukah anda keburukan memilih servis di bengkel bukan rasmi atau tidak diiktiraf?

KEBURUKAN SERVIS BUKAN DI PUSAT SERVIS SAH

  • Kualiti alat ganti tidak dijamin tulen: Kalau sudah tidak original, alat ganti digunakan itu sudah tentu bergred rendah kerana tidak diuji sebaik produk asli.
  • Alat ganti tidak berkualiti: Maknanya, jangka hayat dan ketahanan alat ganti dari bengkel luar tidak sebaik produk asli yang lebih lasak dan tahan lama.
  • Mekanik bengkel luar tidak terlatih dengan semua model kereta: Mungkin mekanik itu cuma biasa dengan sesetengah model saja, dan bukan setiap model dikeluarkan sesebuah jenama. Silap diagnosis, atau silap pasang, memang haru-biru jadinya!
  • Tiada waranti alat ganti dan servis: Bengkel luar biasanya berikan waranti jika alat ganti dibeli dari bengkelnya saja. Tetapi, jika beli sendiri dari kedai alat ganti luar, dan dipasang pula di bengkel luar, waranti tanggung sendiri. Katakanlah rosak sebelum sampai tempoh, anda kena bawa alat ganti tersebut ke kedai alat ganti sama. Masalahnya, alat ganti itu perlu dibuka di bengkel dan dibawa pula ke kedai alat ganti tersebut. Lecehnyaaa...
  • Harga tidak standard: Kalau pergi servis bengkel A harga lain. Cuba pula bengkel B, harga lain pula. Belum lagi pergi bengkel C. Semuanya tak ada harga standard!
  • Bengkel tak mantap: Tak semua bengkel luar menawarkan fasiliti yang lengkap dari segi kelengkapan servis dan baik pulih, serta keselesaan pelanggan. Ada bengkel tip top dengan segala macam kelengkapan servis, tapi ruang pelanggan pula, alahaiii... Terpaksa lepak mamak nak tunggu kereta siap. 😤

SIAPA CAKAP PUSAT SERVIS MAHAL SANGAT?

Dalam usaha menjamin kepuasan pelanggan, UMW Toyota (UMWT) memberi jaminan semua Pusat Servis Toyota mampu memenuhi kehendak, keperluan servis dan bajet pemilik Toyota semalaysia.

Siapa cakap Pusat Servis Toyota mahal sangat? Apa spesial servis di sini?

KELEBIHAN SERVIS DI PUSAT SERVIS TOYOTA

  • Ada di seluruh negara: Ya, Pusat Servis Toyota memang ada di seluruh negara tidak kira Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.
  • Mekanik pro: Sudah namanya pusat servis sah, sudah tentu semua mekanik di sini cukup terlatih dengan model-model keluaran Toyota. Setiap servis dan baik pulih dibuat dengan penuh profesional, bukan main agak-agak atau cuba-cuba saja.
toyota-service-centre-3
toyota-service-centre-4
  • Ada waranti alat ganti: Semua alat ganti di Pusat Servis Toyota ada waranti Toyota Genuine Parts. Sudah tentu asli dan tulen serta tanpa was-was.
  • Naikkan nilai jual semula (resale value): Kalau ada rekod servis di pusat servis sah, sudah tentu nilai jual semula kereta lebih baik daripada pemilik yang hantar ke bengkel luar. Malah banyak bengkel luar tidak menyediakan buku servis, dan manual sebagai panduan kepada pemilik mengenai rekod kerosakan, alat ganti ditukar dan seumpamanya.
toyota-service-centre-2
toyota-service-centre-1
  • Harga kompetitif: Harga mungkin mahal sedikit tapi masih kompetetif, dan bukanlah tahap melampau. Itupun jika pemilik benar-benar buat tinjauan menyeluruh bengkel ke bengkel.
  • Pemeriksaan menyeluruh: Bengkel luar cuma periksa atau buat apa disuruh. Tapi di Pusat Servis Toyota, setiap kali servis, kereta anda wajib menjalani pemeriksaan dan penilaian menyeluruh.
  • Boleh servis kereta import: Kalau beli kereta Toyota daripada pengedar import, anda masih boleh servis di Pusat Servis Toyota di Malaysia.
  • Pusat servis selesa, dan mudah: Sudah namanya pusat servis, kalau tak selesa baik hantar servis luarkan? 🤗😆 Lagi satu, Pusat Servis Toyota ada tawaran menarik yang jarang ada di pusat servis lain seperti:
    • Perkhidmatan ambil kereta untuk servis, dan hantar semula ke rumah selepas siap. Wow!
    • Boleh tinggalkan kereta awal pagi sebelum pusat servis dibuka, atau malam sebelum kereta diservis keesokan hari.
    • Boleh bayar ansuran! Ya, bukan beli kereta saja bayar ansuran, servis kereta pun boleh bayar bulan-bulan! 😱😱😱

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Pusat Servis Toyota, UMW Toyota Motor (UMWT), UMWT

Comments

  1. pye says

    March 19, 2024 at 4:25 PM

    hello nak tnya mcmna jika kereta jenis toyota avanza tahun 2004,booeh tak hantar kat pusat servis toyota untuk di nilai keseluruhan kereta?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev