• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kilang Geely Xi'an Mampu Hasilkan 300,000 Unit Kereta Setahun, Operasi Guna 800 Robot

Kilang Geely Xi'an Mampu Hasilkan 300,000 Unit Kereta Setahun, Operasi Guna 800 Robot

November 1, 2023 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


Zhejiang Geely Holding Group (Geely)
kini memiliki 50 peratus pegangan dan kepentingan dalam Daimler yang membolehkan konglomerat antarabangsa itu merancakkan semula jenama smart pada 2019.

smart dikenali sebagai jenama asal Jerman, yang sinonim dalam pembuatan kereta kompak urban dengan rekaan unik menerusi kerjasama pengeluar jam dari Switzerland, Swatch dan Mercedes-Benz (atau Daimler-Benz AG).

smart fortwo
smart fortwo
smart forfour
smart forfour

Antara model smart popular suatu masa lalu ialah ForTwo atau ForFour yang tampil dengan rekabentuk unik dan premium dalam pakej kompak. Namun, dengan kemasukan Geely sejak empat tahun lalu itu, episod baharu smart bermula semula.

Antaranya, model smart selepas ini hanya akan hadir sebagai kenderaan elektrik yang mana Daimler dari Jerman bertanggungjawab dalam aspek rekabentuk luaran dan dalaman, manakala Geely berperanan dengan teknologi EV dan pengeluaran model baharu akan datang.

Susulan perjanjian itu, Geely memberi komitmen membuka kilang pengeluaran baharu untuk teknologi kenderaan generasi baru smart EV.

Sejak 20 Julai 2021, fasiliti yang dikenali sebagai Pusat Pengeluaran Geely (Geely Manufacturing Base) di Xi’an, China mula beroperasi, dan September lalu kami berpeluang mengunjungi kilang berkenaan.

Dibina atas kawasan seluas 2,260 ekar dengan pelaburan 7.8 bilion yuan (RM5.1 bilion), kilang Geely Xi’an menempatkan teknologi revolusi industri 4.0 canggih yang memuatkan empat bengkel utama (tempa (stamping), kimpal, cat dan pasang).

Sebahagian besar operasi adalah secara automosi robot. Kilang itu juga menjadi projek terbesar Geely, sama ada dari segi keluasan kawasan dan pelaburan keseluruhan, termasuk kelengkapan teknologi tercanggih setakat ini.

Kilang ini memiliki kapasiti pengeluaran 60 unit sejam, dengan purata pengeluaran sebuah kereta dalam seminit, atau 1,000 unit sehari untuk jumlah maksimum operasi. Kapasiti pengeluaran maksimum setahun pula 300,000 unit.

Kilang tersebut juga mampu mengendalikan pemasangan tiga platform berbeza pada satu-satu masa, dengan enam bahagian atas kenderaan berlainan.

Dalam kunjungan itu, kilang tersebut sedang menjalankan pemasangan tiga model semasa, iaitu smart #1, smart #3 dan Geely Xingyue, yang menjadi model pertama dipasang sejak memulakan operasi pada 2021. Semuanya berjalan serentak.

Satu lagi kecanggihan kilang itu adalah operasi automasi sebahagian besar operasi melibatkan bantuan 800 robot  untuk kerja-kerja seperti menyusun dan memindahkan bahagian kenderaan, terutama bahagian kecil.

Malah dalam persekitaran gelap pun sistem robotik masih dapat berfungsi. Bahagian tempa juga beroperasi automatik penuh, sekali gus menyaksikan jumlah tenaga kerja manusia minimal

Kilang Geely Xi’an dijangka mampu menyelesaikan masalah pengeluaran melibatkan tempahan berbeza varian dan spesifikasi?

Ini kerana fasiliti tersebut ini terdiri daripada sistem dengan 12 saluran mengecat, dan lima adalah saluran ‘tukaran pantas’. Lima saluran khas berkenaan membolehkan operasi tukar warna dibuat pantas dan fleksibel untuk barisan pengeluaran dalam jumlah lebih kecil.

Kilang Geely Xi'an turut memiliki litar ujian sendiri dengan jarak keseluruhan 3.2km, juga terpanjang di China, melibatkan 10 fasiliti ujian berbeza seperti litar pecutan 120kmj dengan laluan lurus 1.2km, ujian kedalaman air dan simulasi hujan lebat dengan tekanan air 0.5 bar berterusan selama enam minit.

Kilang Geely Xi’an juga diiktiraf 'Kilang Karbon Sifar' (Zero Carbon Factory), yang mana operasi pengeluaran menggunakan kaedah mesra alam untuk mencapai neutraliti karbon.

Kilang itu mempunyai zon hijau berkeluasan 296,550 meter persegi dengan sistem jana kuasa super photovoltaic berkapasiti 51 megawatt, yang menjana 53.76 juta kWh elektrik setahun.

smart #1 yang bakal dilancarkan rasmi untuk pasaran Malaysia juga datang dari kilang Geely Xi’an. Begitu juga smart #3, yang dijangka diperkenalkan untuk pasaran tempatan nanti.

Walaupun pemasangan dan teknologi EV dikendalikan Geely, semua kualiti dan standard pengeluaran dipastikan setaraf apa dipraktikkan Mercedes-Benz sebagai jenama kenderaan premium.

kilang-geely-xian-2
kilang-geely-xian-1
kilang-geely-xian-4
kilang-geely-xian-3
kilang-geely-xian-5
kilang-geely-xian-6
kilang-geely-xian-8
kilang-geely-xian-7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Daimler-Benz AG, Kereta Elektrik smart, Kilang Geely Xi'an, Mercedes-benz, Proton, SMART, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev