PENGEDAR dan pemasang kenderaan rasmi Proton di Paksitan, Al-Haj Automotive menafikan khabar angin mengatakan pihaknya menggantung atau menghentikan jualan kenderaan dan servis di Pakistan.
Penjelasan itu dibuat dalam kenyataan dikongsi Facebook Proton Pakistan semalam yang mendakwa pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat.
Berikut kenyataan Al-Haj Automotive;
Kami ingin menjelaskan mengenai penularan maklumat palsu di media sosial berhubung Al-Haj Automotive menggantung rangkaian pengedar rasmi Proton dan pusat servisnya.
"Kami mahu menjelaskan kepada semua pelanggan dan orang awam bahawa khabar angin tersebar itu adalah palsu, tidak berasas dan berniat jahat.
"Al-Haj Automotive kekal komited memenuhi semua komitmen kami untuk membekalkan jualan, servis dan alat ganti tulen menerusi rangkaian pengedar rasmi kami kepada pelanggan yang dihargai dan pemilik kenderaan Proton.
"Walaupun berdepan kesulitan disebabkan keadaan ekonomi semasa, kami kekal komited memenuhi komitmen dan terus menyediakan perkhidmatan dan jualan tanpa gangguan kepada semua pelanggan dihargai.
"Kami juga mahu mengingatkan kami berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak bertanggung jawab menyebarkan khabar angin palsu di media sosial yang tergolong dalam undang-undang berkaitan jenayah siber.
"Kami hargai kepercayaan dan sokongan pelanggan kami, kami kekal komited penuh untuk pasaran Pakistan dan akan kekal di sini!"
Leave a Reply