TAHUKAH anda? Ada sesuatu berbeza mengenai Honda Civic generasi ke-11. Mengikut amalan biasa, Honda akan mengeluarkan tiga gaya badan iaitu sedan, hatchback, dan coupé, tetapi kali ini tiada coupé ditawarkan.
Bukan saja Civic, Accord generasi ke-10 juga tiada model coupé. Nampaknya, model coupé masih lagi dalam ingatan Honda yang dipersembahkan melalui Prelude Concept.
Walaupun diberi nama konsep, Prelude yang dibawa ke Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 tampil seperti model pengeluaran. Jika menjadi kenyataan, pengguna bukan saja dihidangkan coupé, tetapi model ikonik Prelude juga dikembalikan.
Keputusan itu wajar kerana pengeluar Jepun lain seperti Nissan, Subaru, Toyota dan Lexus masih terus menawarkan model coupé selain mengisi ruang model sport selepas NSX.
Presiden Honda Motor Co Ltd, Toshihiro Mibe memaklumkan dalam taklimat perniagaan elektrifikasi tahun lalu mengenai model sport masa depan dan kini Prelude salah satu daripadanya.
Dari segi rekabentuk, Prelude nampak berbeza berbanding barisan model Honda sedia ada. Maksudnya, tiada garis badan kaku dan keras dengan badan Prelude yang direka anggun dan lembut.
Bahagian depan membawa rupa baharu, manakala lampu belakang yang bersambung mengingatkan kepada generasi Prelude terdahulu.
Sebagai makluman, Honda Prelude dikeluarkan dalam lima generasi sejak 1978 hingga ditamatkan pada 2001. Mengenai enjin, Honda tidak mengesahkan secara terperinci kecuali trenkuasa elektrifikasi.
Adakah bakal digerakkan nadi elektrik sepenuhnya? Belum diketahui dan selain elektrik bateri (BEV), Honda juga mempunyai barisan trenkuasa hibrid e:HEV seperti digunakan pada Civic dan CR-V terbaharu.
BACA >>> Jepun Perkenal Edisi Serba Hitam Honda ZR-V BLACK STYLE (2024), Harga RM121k
BACA >>> Honda Performance Development (HPD) Kini Jadi HRC US!
BACA >>> Honda X-ADV Special Edition (2024) untuk Eropah dengan Warna Baharu Merah, Kelabu!
BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)
BACA >>> Honda Civic Type R Kembali Pegang Takhta FWD di Nürburgring!
Leave a Reply