SYARIKAT induk kepada platform jual beli kereta terpakai myTukar, Carro mempamerkan proses pemeriksaan 160 poin dan teknologi sokongan dipatenkan di pusat baik pulih utama di USJ, Selangor
Pusat baik pulih utama berkeluasan 95,832 kaki persegi itu adalah antara banyak lagi pusat baik pulih dan bengkel di pasaran utama Carro di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand yang akan dijenamakan semula kepada Carro Care dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Ini langkah kerjasama strategik bersama Jardine Cycle & Carriage. Dengan perkhidmatan pemeriksaan, baik pulih dan selepas jualan yang memainkan peranan penting dalam pelan perniagaan, Carro dan myTukar ingin meluaskan dan mempertingkat perkhidmatan teknikal jenama itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasaran Antarabangsa Carro, Fong Hon Sum berkata;
Pusat baik pulih kami menekankan komitmen Carro dan myTukar dalam menyediakan kereta terpakai berkualiti tinggi yang boleh diyakini pelanggan. Kereta Carro Certified dan myTukar Certified ialah bukti dedikasi kami terhadap kawalan kualiti ketat dan perkhidmatan pelanggan luar biasa.
"Ini membolehkan kami menyediakan pengalaman membeli kereta terpakai telus dan boleh dipercayai.”
Pemeriksaan 160 poin dan proses membaik pulih berteraskan Carro Certified dan myTukar Certified menjadi jaminan sesebuah kereta terpakai itu sudah diperiksa dan dibaik pulih teliti.
Carro, myTukar Certified Bikin Kereta Sebaik Baharu
Bukan semua kereta mampu menjadi kereta Carro dan myTukar Certified kerana hanya kereta yang melepasi pemeriksaan 160 poin, tanpa manipulasi meter perbatuan atau kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran dan banjir saja layak.
Pemeriksaan ketat 160 poin juga adalah termasuk proses baik pulih meliputi beberapa langkah penting seperti mengecat dan mengetuk badan kereta yang diawasi pasukan pakar untuk pemulihan luaran bersih, baik pulih mekanikal (seperti enjin, stereng, suspensi, gear, brek dan tayar), baik pulih dalaman (seperti elektronik, papan pemuka, jahitan kulit, dan pelapik bumbung), pemeriksaan akhir dan pandu uji.
Teknologi Dipatenkan, Kebolehan Terbaik Kawal Segala
Pusat baik pulih Carro di USJ itu menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menjalankan Kejuruteraan Akustik dan Penglihatan Berkomputer, iaitu teknologi inovatif dipatenkan yang menjadi standard piawaian di Asean.
Teknologi Kejuruteraan Akustik ditempatkan dalam aplikasi dalaman dengan simpanan unik bunyi enjin kereta pelbagai jenama dan model digunakan untuk mengesan sebarang masalah enjin jika ada.
Sementara itu, Penglihatan Berkomputer pula dapat mengesan sebarang kesan lekuk, calar dan anomali sedia ada lain pada badan kereta, serta meningkatkan keupayaan, termasuk kecekapan semua pasukan pakar dan pemeriksa.
Naib Presiden Carro, Operasi Antarabangsa, Kyran Wong berkata;
Kemudahan canggih bertujuan meningkatkan kecekapan dan kualiti proses kami. Dengan cara itu, pasukan pemeriksa, juruteknik, jurutera, mekanik dan pakar cat yang bertauliah tinggi kami boleh menumpukan perhatian terhadap perkara benar-benar penting, iaitu mengawasi kenderaan untuk mencapai piawaian bertaraf dunia.
"Warga kerja dan teknologi kami, bersama produk OEM dan peralatan berkualiti tinggi dapat membantu kami menyediakan lebih banyak kereta berkualiti yang kami boleh sahkan sendiri.”
Carro kini mempunyai 14 pusat baik pulih dan bengkel di Asia Tenggara (yang akan dijenamakan semula kepada Carro Care secara berfasa) dengan kapasiti maksimum 2,800 kereta boleh diservis dan dibaik pulih setiap bulan.
Pengasas bersama Carro Group dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Aaron Tan berkata;
Ini sangat penting untuk kami memperkemas dan menyeragamk semua proses kami di seluruh Asean. Dengan perkembangan kebolehan perkhidmatan baik pulih dan selepas jualan kami melalui kerjasama dengan Jardine Cycle & Carriage, saya sangat teruja dengan langkah kami seterusnya untuk Carro Care,” kata.
Leave a Reply