• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Bina Mesin Hasil Hidrogen daripada Biogas Ladang Ayam di Thailand!

Toyota Bina Mesin Hasil Hidrogen daripada Biogas Ladang Ayam di Thailand!

October 25, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing (TDEM) mengumumkan mesin pertama menghasilkan hidrogen daripada biogas ladang ayam yang akan mula beroperasi penghujung Oktober 2023.

Projek tersebut adalah sebahagian langkah TDEM ke arah neutral karbon merentasi Asia menggunakan tenaga daripada kawasan tempatan. Mesin penghasilan hidrogen di TDEM dikeluarkan Mitsubishi Kakoki.

Mesin itu dikuasakan tenaga elektrik hijau daripada panel solar yang mencerminkan komitmen Toyota dalam menumpukan keseluruhan Tindakan Kitaran Hayat (LCA) melalui semua inisiatif alam sekitar.

Bagi mencapai neutral karbon sebenar, Toyota memahami kepentingan mengurangkan pelepasan karbon dioksida melalui keseluruhan proses pengeluaran, pengangkutan dan penggunaan tenaga.

Projek ini dirancang bersama Perbadanan Teknologi Perkongsian Jepun Komersial (Commercial Japan Partnership Technologies Corporation, CJPT).

Badan berkenaan ditubuhkan untuk membantu menangani cabaran dihadapi sektor pengangkutan kenderaan komersial dengan menggunakan teknologi Terhubung, Autonomi, Perkongsian dan Elektrik (Connected, Autonomous, Shared and Electrified, CASE) secara berkesan.

Pada Disember 2022, Toyota Motor Corporation (TMC), CJPT dan Charoen Pokphand Group (CP) mengumumkan hasrat bekerjasama dalam usaha menyumbang ke arah neutral karbon di Thailand.

Mesin pengeluaran hidrogen menggunakan biogas daripada sisa dihasilkan setiap hari di ladang ternak CP dan akan digunakan untuk lori hidrogen yang menyumbang kepada pengangkutan sifar emisi.

Sebagai percubaan awal, mesin saiz kompak itu akan memproses biogas kepada hidrogen pada kapasiti 2kg setiap hari.

TMC dan Toyota Tsusho juga akan bekerjasama ke arah pembangunan ekosistem hidrogen termasuk pembinaan dan pengenalan keseluruhan sistem untuk mampatan, penyimpanan dan pengangkutan biogas dan hidrogen.

BACA >>> Toyota Tidak Mampu Buat EV Versi CKD Setiap Negara, Tapi Akan Guna Kelebihan Asean
BACA >>> Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited (2024) Edisi JDM Ada 200 Unit Sahaja, Harga Mula RM120k
BACA >>> Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!
BACA >>> Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi Kakoki, neutral karbon, Toyota, Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing (TDEM), Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing Co.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my