• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Tidak Mampu Buat EV Versi CKD Setiap Negara, Tapi Akan Guna Kelebihan Asean

Toyota Tidak Mampu Buat EV Versi CKD Setiap Negara, Tapi Akan Guna Kelebihan Asean

October 25, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Motor Asia Pacific (TMAP)
dalam taklimat sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 mendedahkan kesukaran dihasapi pengeluar itu dalam usaha mendirikan kilang pembuatan untuk model-model EV di pasaran Asean.

Semua Kerajaan minta kami melabur di negara mereka," kata Presiden TMAP dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asia, Hao Quoc Tien.

Semua negara itu mahukan pelaburan daripada gergasi automotif seperti Toyota dengan menawarkan insentif seperti stimulus tambahan. Namun, tidak mudah untuk Toyota melakukan pemasangan tempatan (CKD) untuk model EV di pasaran Asean.

"Bagi mencapai operasi mampan, harga perlu jadi mampu milik. Kami perlukan jumlah itu (untuk dapatkan harga mampu milik). Bayangkan jika kami sudah buat EV di sini, sana dan setiap negara, harga komponen akan berakhir dengan sangat mahal," katanya.

Bagaimanapun, sudah melalui isu sama dengan model tradisional, dan sudah menemui penyelesaian secara teori yang sepatutnya turut berfungsi pada EV. Model Pusat Kecemerlangan Toyota (TCE) di pelbagai negara memiliki kepakaran dalam pelbagai perkakasan utama, dan mengambil manfaat dalam perjanjian perdagangan bebas Asean ialah kuncinya.

Kami masih melokalisasi komponen tersebut (bukan semua di satu tempat). Mungkin Indonesia akan menghasilkan bateri, dan Thailand membuat motor elektrik. Kemudian negara lain akan memasang bateri, dan kita semua boleh menikmati EV kos rendah," katanya.

Asasnya, Toyota merancang menggunakan kekuatasn setiap negara untuk manfaat jenama itu dalam usaha menawarkan EV yang lebih mampu milik kepada semua pasaran Asean.

Apa yang pasti, negara-negara utama automotif pastinya mendapat pelaburan, walaupun kecil. Mampukah Malaysia menyesuaikan diri dengan situasi akan datang untuk manfaat semua pihak?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hao Quoc Tien, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023, Pusat Kecemerlangan Toyota (TCE), TMAP, Toyota, Toyota Motor Asia Pacific (TMAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my