• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari SP-8 (2023), Satu Lagi Projek One-Off Ditempah Pelanggan Taiwan

Ferrari SP-8 (2023), Satu Lagi Projek One-Off Ditempah Pelanggan Taiwan

November 17, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BAGI pelanggan yang benar-benar berduit, Ferrari menawarkan khidmat One-Off untuk menghasilkan sebuah model khusus untuk anda.

Contoh terbaru, Ferrari SP-8 (2023) untuk pelanggan dari Taiwan ini. Pada Oktober 2022, kami pernah memaparkan SP51 yang juga ditempah khas dari sana. Akronim SP merujuk kepada Special Projects dari Ferrari.

Ferrari SP-8 (2023) ini berkongsi platform, casis dan enjin V8 daripada F8 Spider yang seperti biasa direka pusat penggayaan Ferrari Centro Stile diketuai pereka dari Itali, Flavio Manzoni.

Enjin 3.8L V8 turbo kembar menghasilkan output kuasa 710hp, dan tork 770Nm yang dihantar ke roda belakang.

Ciri paling unik Ferrari SP-8 (2023) ialah rekabentuk tanpa bumbung yang tidak seperti F8 Tributo atau F8 Spider dengan bumbung boleh buka.

Ferrari memperhalusi ciri aerodinamik SP-8 menerusi beberapa proses seperti simulasi pengiraan dinamik bendalir (CFD), ujian terowong angin dan trek bagi memastikan piawaian akustik dan angin hampir sama dengan F8.

Badan tanpa bumbung juga membolehkan pasukan pereka merekabentuk bahagian belakang sepenuhnya tanpa perlu memikirkan lipatan bumbung dan ruang simpanan.

Fungsi badan dibuat anggun dengan bahagian sisi menempatkan saluran ambilan udara dan mempunyai sirip berasingan untuk intercooler dan enjin. Saluran lintang untuk ruang enjin bahagian atas pula ala model Ferrari lama.

Rim corak lima bilah adalah terjemahan moden kepada rim klasik digunakan Ferrari Sports Prototypes dan F40.

Tidak hanya untuk cantik, bukaan rim dibuat besar supaya lebih ringan dan diberi warna kusam Grigio NART. Beberapa komponen direka semula daripada F8 seperti lampu depan dengan penutup dan lensa khas, termasuk lampu belakang daripada Ferrari Roma.

Badan Ferrari SP-8 menamppilkan gentian karbon dan kombinasi warna kusam Argento Micalizzato dalam dua karakter berbeza. Gril depan aluminium dihasilkan melalui acuan cetakan tiga dimensi (3D) yang disusun menegak seperti sirip halus.

Agihan jarak gril semakin melebar ke hujung bampar untuk aliran udara lebih baik kepada dua unit radiator depan.

Proses itu juga rumit dan melibatkan kerjasama rapat antara Centro Stile dan pasukan bahagian aerodinamik yang menghabiskan masa berbulan lama untuk menyempurnakan model itu melalui CFD.

Bahagian dalaman diubah dengan konsol tengah menempatkan butang kawalan Formula Satu (F1) ala model Ferrari lama. Kerusi dibalut material Alcantara Navy Blue dan fabrik corak gradien.

BACA >>> Ferrari Tailor Made 812 Competizione (2023) dengan Grafik Conteng, Projek Khas Seunit Sahaja!
BACA >>> Ferrari KC23 - Model Khas Ilham Jentera Lumba 488 GT3 Evo 2020, Ambil Masa 3 Tahun Siap!
BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!
BACA >>> Ferrari SP48 Unica - Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, Ferrari SP-8, Ferrari SP-8 (2023), roadster, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my