• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Risiko Kebakaran: Harley-Davidson Panggil Balik Model X350 RA, X350, X500

Risiko Kebakaran: Harley-Davidson Panggil Balik Model X350 RA, X350, X500

October 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HARLEY-Davidson Motor Company pada 2 Oktober lalu mengeluarkan satu notis panggilan balik untuk sebilangan model siri X (2023) kerana ada kemungkinan berlaku kebocoran di bawah tangki minyak, di bahagian sensor bahan api.

Dokumen panggilan balik itu menyatakan 'suatu kebocoran bahan api dengan kewujudan satu sumber pencucuhan boleh meningkatkan risiko kebakaran'.

MODEL TERLIBAT

  • X350 RA (Riding Academy) - di Amerika Syarikat (AS) sahaja
  • X 350 - China
  • X 500 - China

Berdasarkan rekod Harley-Davidson, kira-kira 1,139 unit motosikal di AS mungkin terjejas. Bagaimanapun, situasi itu agak berbeza di AS berbanding panggilan balik biasa.

Ini kerana semua unit terjejas adalah sebahagian daripada motosikal di Harley-Davidson Riding Academy di Amerika Syarikat (AS) yang dimiliki Harley-Davidson. Kseluruhan flit itu digunakan untuk latihan dan program pendidikan Harley-Davidson.

Masalah itu berpunca akibat gasket di sekeliling sensor bahan api. Satu kit pembaikan merangkumi gasket dan sensor bahan api baharu akan diedarkan kepada semua rangkaian pengedar Harley untuk tujuan servis motosikal terjejas.

Model yang terjejas adalah motosikal  Harley-Davidson X350 RA (2023) yang dieksport pada atau sebelum 30 Ogos 2023, dihasilkan di kilang antara 22 Jun 2022 dan 10 Oktober 2022.

Harley-Davidson juga mengeluarkan surat makluman kepada pengedar dan pemilik kepada rangkaian pengedar jenama motosikal itu. Surat untuk pengedar dikirim antara 10 dan 13 Oktober manakala surat kepada pemilik diedarkan bermula 16 dan 20 Oktober 2023 di AS dan China.

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harley-Davidson Motor Company, Harley-Davidson X350 (2023), Harley-Davidson X350 RA (2023), Harley-Davidson X500

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my