HONDA dan Converse menjalin kerjasama menawarkan dua pilihan kasut sempena sambutan ulang tahun ke-75 Honda Japan.
Kasut edisi terhad itu dinamakan All Star Honda RS HI dan All Star Honda WP HI Trico yang masing-masing dijual 14,300 yen (RM460), termasuk cukai, bermula hari ini di Jepun.
View this post on Instagram
All Star Honda RS HI
- Mengambil ilham sut lumba retro.
- Logo Honda disulam pada sisi.
- Logo sayap Honda mendominasi ruang bawah.
- Logo Honda dipapar sebelah dalam dan luar kasut serta bahagian tumit.
- Menggunakan kombinasi warna biru, merah dan kuning.
All Star Honda WP HI Trico
- Skema warna diambil daripada model klasik Honda, seperti Honda CB750 Four.
- Logo sayap Honda berwarna kuning keemasan dengan latar biru.
- Teks jenama Honda diposisi bahagian atas dan belakang.
Leave a Reply