• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Perkenal Dua EV Menarik, Trak Pikap Toyota EPU, dan SUV Land Cruiser Se

Toyota Perkenal Dua EV Menarik, Trak Pikap Toyota EPU, dan SUV Land Cruiser Se

December 5, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN ada tertunggu lebih banyak model elektrik Toyota kerana yakin dengan reputasi dan ketahanan jenama Jepun itu.

Ada dua model elektrik menarik dipamerkan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 iaitu trak pikap EPU dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Land Cruiser Se.

Toyota EPU bukan pengganti Hilux kerana memiliki binaan badan jenis monokok seperti Hyundai Santa Cruz atau lebih tepat lagi Radar RD6 yang juga dijana trenkuasa elektrik.

Di Amerika Syarikat (AS), Ford sudahpun memperkenalkan trak pikap elektrik Maverick yang dilihat sebagai pesaing paling hampir.

Secara spesifik, Toyota EPU memiliki dimensi panjang 5,070mm, lebar 1,910mm, dan tinggi 1,710mm dengan jarak roda 3,350mm. Trak pikap ini mampu memuatkan lima penumpang pada satu-satu masa.

Dari sisi boleh dilihat kabin belakang yang bersambung dengan dek bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna termasuk aktiviti luar. Lagi, EPU mempunyai pusat graviti rendah yang memberikan pengendalian lebih stabil dan selesa.

Satu lagi model ikonik dengan trenkuasa elektrik ialah Toyota Land Cruiser Se. Toyota sebenarnya baru saja memperkenalkan generasi baharu Land Cruiser dan tambahan terbaharu ini agak mengejutkan.

Toyota mendakwa Land Cruiser Se mempunyai daya kilas tinggi seperti sebuah kenderaan elektrik bateri (BEV) dan tampil dengan gaya Land Cruiser yang lasak dan berkotak.

Ruang kabin mampu memuatkan tujuh penumpang dengan tiga baris tempat duduk. Menggunakan frem monokok, Toyota Land Cruiser Se memiliki dimensi panjang 5,150mm, lebar 1,990mm, dan tinggi 1,705mm, manakala jarak roda 3,050mm.

Sama seperti EPU, Toyota tidak berkongsi maklumat lanjut prestasi Land Cruiser Se seperti jarak pemanduan, kuasa dan pelbagai lagi, tetapi kedua-duanya ditayangkan seperti model pengeluaran sebenar.

BACA >>> Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited (2024) Edisi JDM Ada 200 Unit Sahaja, Harga Mula RM120k
BACA >>> Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!
BACA >>> Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

Toyota EPU
Toyota Land Cruiser Se

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EPU, JMS 2023, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023, Roda4, SUV, Toyota, Toyota EPU, Toyota LAND CRUISER Se, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my