• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MPV Konsep Elektrik Gaya Kotak, Toyota Kayoibako Tawar Praktikaliti Pelbagai Guna

MPV Konsep Elektrik Gaya Kotak, Toyota Kayoibako Tawar Praktikaliti Pelbagai Guna

December 4, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KENDERAAN pelbagai guna (MPV) berkotak bukan eksklusif milik Jepun, tetapi banyak ditawarkan pengeluar negara itu hingga Lexus yang berada dalam segmen mewah pun ada van berkotak LM.

Selain MPV berkotak, pengeluar Jepun juga handal dalam mengeluarkan kenderaan kompak. Terbaharu, Toyota memperkenalkan MPV konsep elektrik Kayoibako di Tokyo sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023.

Dimensi Kayoibako tidak besar dengan panjang 3,990mm, lebar 1,790mm, tinggi 1,855mm dan jarak roda 2,800mm. Idea di sebalik model konsep itu ialah kenderaan yang memenuhi keperluan pelbagai pelanggan daripada perniagaan hingga bersantai.

Perkataan Kayoibako merujuk kepada kontena perkapalan boleh ubah untuk menghantar barangan dengan selamat dan cekap bersaiz optimum yang mampu memenuhi kepelbagaian keperluan dalam muatan boleh tukar.

Menurut Toyota, Kayoibako ialah model konsep ruang kompak baharu yang mewakili masa depan mobiliti.

Bagi perniagaan, Kayoibako boleh diguna sebagai kenderaan penyambung (last mile) penghantaran barangan dan juga disesuaikan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat seperti kedai bergerak atau dipasang kerusi tambahan untuk menjadi bas ulang-alik.

Bagi memenuhi keperluan peribadi, Kayoibako boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti sukan, perkhemahan dan kembara.

Toyota tidak memaklumkan sama ada Kayoibako akan ditawarkan secara rasmi, tetapi satu perkara menarik, daripada puluhan foto dikongsi, ada satu van lengkap dengan rim besar dan kaliper merah memaparkan perkataan bB+ Concept pada panel depan.

Toyota bB atau Scion xB ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) kecil yang dikeluarkan dalam dua generasi (2000-2005, dan 2005-2016) dan dijual di Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited (2024) Edisi JDM Ada 200 Unit Sahaja, Harga Mula RM120k
BACA >>> Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!
BACA >>> Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: JMS 2023, KAYOIBAKO, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023, Roda4, Toyota, Toyota KAYOIBAKO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my