• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Sasar Peralihan 40 Peratus Produk Tenaga Boleh Perbaharui di Malaysia Menjelang 2035

Toyota Sasar Peralihan 40 Peratus Produk Tenaga Boleh Perbaharui di Malaysia Menjelang 2035

October 23, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PAMERAN Mobiliti Jepun (JMS) 2023
yang dijadualkan berlangsung 26 Oktober hingga 5 November ini membuka mata banyak pihak apabila Toyota menggumumkan 2050 sebagai tahun sasaran mencapai misi neutral karbon.

Soalannya, apakah kepentingan dan impak neutral karbon buat Toyota, dan kita semua sebagai pengguna automotif? Berikut beberapa fakta yang patut kita fikirkan bersama.

  1. Menangani masalah pemanasan global supaya tidak melebihi 1.5°C, iaitu had diumumkan Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim (IPCC) supaya alam sekitar kita kekal selamat untuk semua hidupan di Bumi.
  2. Tahukah anda, kadar pemanasan global ketika ini sudah mencecah  1°C, dan jika kita tidak melakukan apa-apa, kadar itu akan meningkat hingga  2°C hingga 4°C menjelang 2100. Siap sedialah untuk berpeluh apabila tidur malam.
  3. Mengurangkan emisi karbon. Dari perspektif mikro ke makro, pencemaran ialah musuh, tetapi apa termampu kita buat adalah pada tahap individu.  Di sinilah pengeluar konglomerat dan industri memainkan peranan besar dalam usaha mengelak kenaikan suhu global melebihi 1.5ºC dengan tahun sasaran 2050.
  4. Melakukan keputusan bijak dalam hidup yang mungkin untuk jangka masa pendek atau panjang. Ini kerana segalanya saling berhubung. Caranya adalah memilih dan menggunakan 'produk alam sekitar' serta tidak menambah jejak karbon. Ini penting, termasuk pilihan kita ada dalam aspek pengangkutan yang mana pembakaran bahan api fosil seperti petrol dan diesel menjadi penyumbang utama emisi karbon seluruh dunia.

Di sinilah Toyota mengorak langkah memainkan peranan sebagai 'abang besar' yang bertanggungjawab.

Ini kerana Toyota ialah pengeluar nombor satu antarabangsa dengan jualan 9,566,961 unit pada 2022, dan tidak dapat dinafikan menerajui pelbagai pasaran dunia seperti Jepun, Indonesia, Thailand dan Filipina. Boleh dikatakan separuh penduduk dunia memandu kenderaan Toyota.

Justeru sangat penting Toyota mengambil inisiatif menjadi penyumbang utama, yang bukan kepada emisi karbon, tetapi neutral karbon menjelang 2050.

Naib Presiden Toyota Motor Filipina, Elvin Luciano berkata, sejajar matlamat global ke arah neutral karbon menjelang 2050, Toyota berterusan bekerjam untuk menyediakan pelbagai kereta yang menghasilkan kurang atau emisi sifar.

Menjelang 2030, ada 3,500,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) Toyota and Lexus akan terjual seluruh dunia."

Malah di pasaran tempatan, pengedar rasmi kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota mengorak langkah memperkenalkan model mesra alam seperti Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dan Toyota Innova Zenix Hybrid Electric.

Di Malaysia, Toyota juga mensasarkan matlamat penggunaan produk tenaga boleh diperbaharui daripada 28 peratus kepada 40 peratus menjelang 2035, dan mengurangkan tawaran kenderaan bahan api fosil daripada 72 peratus kepada 60 peratus menjelang tahun sama (2035).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Elvin Luciano, Japan Mobility Show (JMS), JMS 2023, Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim (IPCC), Toyota, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric, Toyota Innova Zenix Hybrid Electric, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev