• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda MEV-VAN Concept Guna Bateri Boleh Ganti Mobile Power Pack e:!

Honda MEV-VAN Concept Guna Bateri Boleh Ganti Mobile Power Pack e:!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

HONDA Motor Co., Ltd. dan Yamato Transport Co., Ltd. mengumumkan program pengujian van elektrik MEV-VAN Concept yang menggunakan bateri boleh ganti untuk operasi logistik bermula November 2023 di Gunma, Jepun.

Membuatkan MEV-VAN menarik ialah bateri Mobile Power Pack e: yang sebelum ini diguna pada skuter elektrik Honda.

MEV-VAN dibekalkan lapan pek bateri dan menggunakan tenaga elektrik dari sumber kuasa tenaga boleh baharu.

Kerjasama di antara Honda dan Yamato bermula sebelum ini dengan pengujian van komersial ringan EV N-VAN e:.

Satu perkara yang dimaklumkan Honda ialah, terdapat beberapa isu mengenai EV iaitu masa menunggu semasa mengecas dan penggunaan kuasa puncak ketika pengecasan serentak pada waktu malam.

Honda percaya bateri boleh ganti dapat menangani perkara tersebut dan mengecasnya pada waktu siang menggunakan kuasa matahari.

Perkara tersebut perlu diambil kira secara serius sekiranya syarikat logistik mahu menggunakan EV pada skala penuh.

Bayangkan masa dan tenaga elektrik yang digunakan untuk sejumlah EV dicas secara serentak di hab syarikat logistik. Dari situ, bateri boleh tanggal dan kuasa solar dapat menjadi pilihan yang baik.

Berdasarkan skuter EM1 e:, seunit bateri Honda Mobile Power Pack e: 50V boleh diguna sehingga 41.3km, atau anggaran 48km dalam mod ECON (30km - WMTC Kelas 1).

Lapan unit Honda Mobile Power Pack e: untuk MEV-VAN pasti berbeza dan menarik untuk mengetahui keupayaannya di dalam operasi penghantaran.

Di antara perkara yang mahu dinilai ialah praktikaliti dan prestasi kenderaan seperti penggunaan kuasa, keberkesanan tenaga elektrik dari kuasa solar, ketahanan bateri, pengumpulan maklumat dan pelbagai lagi.

BACA >>> Honda Performance Development (HPD) Kini Jadi HRC US!

BACA >>> Jepun Perkenal Edisi Serba Hitam Honda ZR-V BLACK STYLE (2024), Harga RM121k

BACA >>> Honda X-ADV Special Edition (2024) untuk Eropah dengan Warna Baharu Merah, Kelabu!

BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)

BACA >>> Honda Civic Type R Kembali Pegang Takhta FWD di Nürburgring!

Honda MEV-VAN Concept

Honda MEV-VAN Concept.01
Honda MEV-VAN Concept.2
Honda MEV-VAN Concept.03
Honda MEV-VAN Concept.04
Honda MEV-VAN Concept.05
Honda MEV-VAN Concept.06
Honda MEV-VAN Concept.07
Honda MEV-VAN Concept.08

Honda EM1 e:

Honda EM1 e 2023.27
Honda EM1 e 2023.24
Honda EM1 e 2023.23
Honda EM1 e 2023.21
Honda EM1 e 2023.16
Honda EM1 e 2023.15
Honda EM1 e 2023.14
Honda EM1 e 2023.06
Honda EM1 e 2023.07
Honda EM1 e 2023.09
Honda EM1 e 2023.08
Honda EM1 e 2023.03
Honda EM1 e 2023.04
Honda EM1 e 2023.02
Honda EM1 e 2023.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda MEV-VAN Concept, Honda Mobile Power Pack e:, MEV-VAN Concept, Mobile Power Pack e:

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev