PENGELUAR automotif China, Chery mempamerkan kira-kira 300 barangan dan aksesori gaya hidup untuk memenuhi cita rasa pelbagai lapisan pengguna.
Koleksi barangan daripada pilihan rim aloi, pakaian, dron, perkakasan elektrik dan elektronik, barangan dapur hingga perkhemahan. Pameran koleksi itu diadakan sempena penganjuran Persidangan Pengguna Antarabangsa Chery (CIUS) 2023 di ibu pejabat Chery International di Wuhu dalam wilayah Anhui, China.
Koleksi barangan gaya hidup itu dipamerkan dalam tiga khemah pameran mengikut subjenama Chery, iaitu Exeed, danOmoda | Jaecoo.
Di khemah pameran Omoda | Jaecoo, barangan label Omoda yang dipamerkan lebih menumpukan kepada pengguna muda yang mementingkan gaya, peredaran teknologi dan fesyen bawah jenama Omoda.
Barangan Jaecoo pula lebih menumpukan kalangan 'orang kaya baharu' yang mahu menikmati hidup selepas berusaha keras dalam karier masing-masing. Koleksi kedua-dua jenama itu turut menonjolkan karakter gaya hidup aktif.
Akhir sekali, khemah pameran Exeed memaparkan barangan lebih mewah, matang yang sesuai buat mereka yang berstatus eksekutif dalam kelompok berpendapatan tinggi.
Barangan label Chery pula lebih kepada mengisi lompong antara pembeli Omoda, Jaecoo, dan Exeed dengan menyediakan koleksi barangan untuk golongan famili muda dan pencinta haiwan yang mahukan keseimbangan teknologi dan praktikaliti antara keperluan dan urusan harian.
Berikut sebahagian foto barangan dan aksesori gaya hidup di khemah pameran di sana:
Leave a Reply