• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Corolla Morizo Edition (2023) #001 Dibida RM708k untuk Dana Kebajikan Sekolah AS

Toyota GR Corolla Morizo Edition (2023) #001 Dibida RM708k untuk Dana Kebajikan Sekolah AS

November 14, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


Walaupun Toyota GR Corolla Morizo Edition (2023) dikeluarkan dalam jumlah terhad, tetapi itu tidak menghalang Longo Toyota yang juga pengedar Toyota terbesar dunia melepaskannya untuk bidaan.

Menjadikan model itu berharga, unit tersebut ialah siri #001 yang mana hanya 200 unit saja dikeluarkan pada 2023. Matlamat utama bukan mengaut keuntungan, tetapi sebagai program kebajikan.

Ini kerana hasil bidaan berjumlah AS$150,000 (RM708,375) disumbang kepada Sekolah El Monte dan organisasi bukan berasaskan keuntungan, Vision To Learn. Sesi bidaan berlangsung atas talian dari 18-24 Oktober lalu. Nilai bidaan akhir itu dipadan dan diderma kepada kebajikan.

Longo Toyota bekerjasama dengan platform bidaan digital Bring a Trailer (BaT) dan yuran pembelian juga diderma untuk kebajikan.

Unit #001 itu dihantar platform teknologi pengangkutan kereta, RunBuggy ke mana saja lokasi pemenang di Amerika Syarikat (49 negeri) secara percuma.

Sekolah Daerah Bandar El Monte dan Sekolah Tinggi Union El Monte mempunyai sekitar 15,000 pelajar, terdiri daripada pelbagai kaum dengan lebih 20 latar belakang bahasa berbeza di timur Los Angeles.

Dana kepada Sekolah Daerah Bandar El Monte  itu akan membantu mewujudkan makmal dan ruang rekacipta STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) di setiap sekolah daerah.

Sekolah Tinggi Union El Monte pula menggunakan sebahagian sumbangan untuk membantu program pendidikan kerjaya teknikal dalam bidang pengangkutan.

Toyota GR Corolla Morizo 2023 Grey Metallic Matte AS.06
Toyota GR Corolla Morizo 2023 Grey Metallic Matte AS.07

Program itu akan memberikan pelajar pengalaman dalam industri automotif secara amali seperti pengujian diagnostik, pelarasan sistem brek dan ujian komponen komputer elektronik.

Vision To Learn ditubuhkan lebih sedekad lalu yang menyediakan khidmat pemeriksaan penglihatan dan mata, termasuk pemberian cermin mata percuma kepada pelajar dari komuniti pendapatan rendah.

Toyota GR Corolla Morizo Edition diperkenal pada 2022 dengan membawa nama pemandu utama GR dan Pengerusi Toyota Motor Corporation (TMC), Akio Toyoda.

Enjin 3-silinder 1.6L turbo Morizo Edition menghasilkan output kuasa 300hp dan tork 400Nm, berbanding 370Nm pada GR Corolla lain. Tork puncak diperoleh dari rev 3,250rpm-4,600 rpm.

Morizo Edition juga menggunakan kotak gear nisbah rapat khas dan gear diferensial lebih pendek untuk pecutan memuaskan merentasi julat kuasa.

Berat dikurangkan hampir 45kg daripada Toyota GR Corolla Circuit Edition dengan berat badan lebih ringan yang disumbang daripada kerusi belakang ditanggalkan, dan penggunaan bumbung karbon (turut digunakan pada Circuit Edition) serta rim tempa.

Toyota GR Corolla Morizo Edition.07
Toyota GR Corolla Morizo 2023 Wind Chill Pearl AS.05

Bahagian belakang juga tiada pembesar suara, tingkap kuasa, motor dan wiper cermin. Aspek pengendalian pula, Morizo Edition dipasang absorber tiub tunggal merah dan talaan suspensi khas selain tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 dengan lebih cengkaman.

Kunci diferensial terhad (LSD) depan dan belakang dijadikan ciri asas. Ketegaran badan dipertingkat dengan tambahan dua braket lantai dan braket strut belakang.

Frem kereta ada tambahan 349 kimpalan bintik (spot weld) dan perekat struktur lebih 6 meter berbanding Corolla Hatchback.

BACA >>> Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!
BACA >>> #TahukahAnda: 7 Sebab Toyota Camry Masih Berbaloi Dimiliki!
BACA >>> Toyota Sequoia TRD PRO (2024), SUV 3 Baris Mewah, Lasak untuk AS, Harga Mula RM282k
BACA >>> Toyota GR Corolla Dipilih Pace Car Kejuaraan NASA, Pembeli Dapat Sesi Hari Litar Percuma

Toyota GR Corolla MORIZO 2023.01
Toyota GR Corolla MORIZO 2023.02
Toyota GR Corolla MORIZO 2023.03
Toyota GR Corolla MORIZO 2023.04
Toyota GR Corolla MORIZO 2023.05
Toyota GR Corolla MORIZO 2023.06
Toyota GR Corolla MORIZO 2023.07

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Akio Toyoda, Auto Terkini, Bring a Trailer (BaT), Gazoo Racing, GR, Longo Toyota, Roda4, RunBuggy, Toyota, Toyota Corolla, toyota gr corolla, Toyota GR Corolla Morizo, Toyota GR Corolla Morizo Edition, Vision To Learn

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev