• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!

Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!

October 16, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA C-HR (2024) kini memasuki generasi kedua dan Toyota UK sudahpun membuka tempahan dan bakal tiba di pasaran Britain menjelang Januari 2024.

Di pasaran yang menuju ke arah kenderaan elektrifikasi sepenuhnya, Toyota C-HR (2024) ditawarkan dalam dua pilihan enjin hibrid 1.8L dan hibrid 2.0L generasi kelima Toyota. Model hibrid plug-in (PHEV) 2.0L bakal menyusul pada tahun sama.

Sama seperti sebelum ini, Toyota C-HR (2024) baharu membawa gaya dramatik dengan rekabentuk ala coupé dan berjaya menarik perhatian ramai, termasuk pasaran tempatan.

Toyota C-HR diperkenal di pasaran tempatan pada 2017 dan tidak lagi ditawarkan. Di Thailand, Toyota C-HR bertahan lebih lama dengan kumpulan terakhir diserahkan pada Jun 2023.

Selain rekabentuk dramatik, Toyota C-HR (2024) dilengkapi pelbagai Siri terkini daripada skrin digital, penyaman udara dengan teknologi nanoe-X sehingga sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) terbaharu.

Toyota C-HR (2024) Britain

1. Toyota C-HR Icon (varian asas)

  • Rim aloi 17 inci.
  • Cermin sisi berkuasa dengan fungi lipatan automatik.
  • Pintu but berkuasa.
  • Kerusi fabrik.
  • Kluster instrumen digital 7 inci.
  • Unit infotainment multimedia Toyota Smart Connect dengan skrin sentuh 8 inci.
  • Entri pintar, cermin pandang belakang auto-malap, wiper cermin automatik.
  • Navigasi berasaskan awan, slot pengecas USB Type-C depan.
  • Apple CarPlay (wayarles) dan Android Auto (berwayar).
  • TSS: Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Pengesanan Lorong, Bantuan Isyarat Jalan Raya (RSA) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Pemantau Titik Buta (BSM) dihubungkan dengan Bantuan Keluar Selamat (SDA) bagi menghalang pintu dibuka juka ada kenderaan menghampiri dari belakang.
2. Toyota C-HR Design
  • Rim aloi 18 inci.
  • Cermin belakang privasi.
  • Sensor parkir dengan fungsi brek automatik.
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas bersepadu.
  • Penyaman udara boleh laras zon kanan atau kiri.
  • Kluster instrumen saiz 12.3 inci dengan paparan boleh ubah.
  • Skrin Toyota Smart Connect+ 12.3 inci dengan navigasi.
  • Slot USB Type-C depan dan belakang.
  • Pengecas telefon wayarles.
  • Bumbung panoramik dengan kaca haba.
  • Pilihan warna badan dua tona.
3. Toyota C-HR Excel
  • Rim aloi 19 inci.
  • Warna badan dwi-tona.
  • Kerusi depan sport dengan balutan seakan sued.
  • Lampu ambientní.
  • Bumbung panoramik.
  • Skrin Pandangan Panoramik dengan paparan gambar 360º.
  • TSS dengan tambahan fungsi Bantuan Tukar Lorong (LDA) dan Amaran Lintas Trafik Depan (FCTA) dan Sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHBS).
  • Lampu belok dan kamera pengawasan pemandu.
  • Pilihan sistem audio premium JBL dan Tech Pack (kunci digital, papar pandu dan cermin pandang belakang digital).
4. Toyota C-HR GR Sport
  • Tambahan kepada spesifikasi Toyota C-HR Design.
  • Rim aloi GR 20 inci.
  • Paparan dongak (HUD) dan sistem audio premium JBL.
  • Pilihan Premium Pack (bumbung panoramik, kunci digital, HUD, cermin pandang belakang digital, lampu belok, papar pandu dan Sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHBS).
  • Pilihan Safety Pack (kamera pengawasan pemandu, AHBS boleh laras automatik, cermin pandang belakang digital, lampu belok, Bantuan Tukar Lorong, Skrin Pandangan Panoramik dan FCTA).
5. Toyota C-HR Premiere Edition
  • Semua ciri standard dan pakej pilihan Toyota C-HR Excel.
  • Kerusi kulit.
  • Warna badan dwi-tona dengan gabungan Metallic Sulphur, sukuan belakang dan bumbung Astral Black.

Varian dan Harga

  • Icon 1.8 hibrid - £31,290.00 (RM180,550)
  • Design 1.8 hibrid - £34,685 (RM200,130)
  • Excel 1.8 hibrid - £38,150 (RM220,090)
  • GR Sport 2.0 hibrid - £40,645 (RM234,490)
  • Premiere Edition 2.0 hibrid - £42,720 (RM246,440)

Sebagai imbasan, Toyota C-HR 1.8L pasaran tempatan yang diimport dari Thailand dijual pada julat harga RM150,000.

BACA >>> #TahukahAnda: 7 Sebab Toyota Camry Masih Berbaloi Dimiliki!
BACA >>> Toyota Sequoia TRD PRO (2024), SUV 3 Baris Mewah, Lasak untuk AS, Harga Mula RM282k
BACA >>> Toyota GR Corolla Dipilih Pace Car Kejuaraan NASA, Pembeli Dapat Sesi Hari Litar Percuma

Toyota C-HR (2024)
Toyota C-HR GR SPORT Premiere Edition (2024)
Toyota C-HR High Premiere Edition (2024)

Related

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV kompak, SUV Segmen-C, Toyota, Toyota C-HR, Toyota C-HR 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my