• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sila Bayar Kompaun Dalam Tempoh 3 Bulan Kalau Tak Nak Naik Mahkamah

Sila Bayar Kompaun Dalam Tempoh 3 Bulan Kalau Tak Nak Naik Mahkamah

October 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi masa selama tiga bulan kepada pemilik berdaftar kenderaan dan pemandu yang disaman kerana melanggar peraturan cermin gelap untuk membayar kompaun masing-masing.

Sinar Harian melaporkan Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin sebagai berkata:

Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah mengikut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

"Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama.

"Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali."

Kadar kompaun yang dikenakan untuk setiap kesalahan cermin gelap akan meningkat mengikut tempoh berikut:

  • Satu hingga 15 hari: RM100
  • 16 hingga 30 hari: RM150
  • 31 hingga 60 hari: RM250

Zulkarnain berkata,  kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Cermin depan: 70 peratus
  • Cermin sisi pemandu, penumpang depan: 50 peratus
  • Cermin sisi penumpang belakang, cermin belakang: 0 peratus

Kelonggaran akan diberikan kepada individu yang mempunyai alasan kukuh iaitu melibatkan faktor keselamatan atau kesihatan dengan mengemukakan permohonan penggunaan cermin gelap.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zulkarnain Yasin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev