• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trend Pemandu di India Salah Guna Sistem ADAS Demi Konten Media Sosial?

Trend Pemandu di India Salah Guna Sistem ADAS Demi Konten Media Sosial?

October 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAS bermaksud Sistem Bantuan Pemandu, suatu pakej yang mengandungi beberapa ciri untuk membantu pemandu memandu dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, ADAS di India sudah mencapai satu tahap berbeza dengan ramai pemilik kenderaan yang dilengkapi teknologi moden itu semakin 'lupa diri'. Jom tonton video di bawah ini:

Just randomly happened to come across a reel !!

Trust,me you would not see such a bizarre & moronic stuff related to Automobile stuff !!

Unreal just for reel @anandmahindra @MahindraXUV700

it’s a travesty that we have to share roads with people like these

This is just insane… pic.twitter.com/jZhkX6YKIO

— Xroaders (@Xroaders_001) March 11, 2023

Media sosial dibanjiri video yang dimuat naik pemilik pelbagai kenderaan di India menunjukkan mereka lebih sibuk melakukan aktiviti lain berbanding mengendalikan kenderaan semasa pemanduan di jalan raya.

Rakaman menunjukkan pemandu membiarkan kenderaan masing-masing bergerak pada suatu kelajuan di jalan atau lebuh raya dan menyerahkan aspek kawalan kepada sistem ADAS yang diaktifkan.

Antara tingkah laku dilaporkan ialah tiada sesiapa duduk di kerusi pemandu semasa kenderaan bergerak, penumpang dan pemandu bermain kad dan pemandu melakukan perbuatan lain.

Konten yang dikongsi di media sosial mungkin menjadikan mereka meraih publisiti dan menjadi terkenal dengan ada pula terpengaruh mengikuti jejak sama meskipun tidak sedar risiko yang menanti.

Aksi sebegitu boleh mengundang maut apatah lagi dengan melalui keadaan jalan yang diselenggara dengan baik, kemunculan pejalan kaki, kenderaan memotong dari arus bertentangan dan juga kehadiran haiwan ternakan. Pelaku sebegini alpa bahawa sistem ADAS mungkin terhenti atau gagal berfungsi dalam situasi tertentu.

Bukan itu sahaja, ramai juga pemandu terlalu bergantung kepada sistem ADAS seperti ciri Pembrekan Autonomi Kecemasan (AEB)  secara sepenuh masa. Seperti diketahui, AEB akan menyebabkan kenderaan membrek dengan kuat jika mengesan ada ancaman di hadapan dan ini memberi kesan lain seperti pad brek cepat haus atau kenderaan lain melanggar dari belakang.

Ciri ADAS direka untuk membantu meningkatkan keselamatan dan sepatutnya digunakan dengan lebih berhemah. Apapun, pemandu tetap perlu memberi fokus penuh semasa pemanduan dan bukan menyerahkan semuanya kepada sistem bantuan keselamatan.

SUMBER: MotorBeam

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev