• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Remaja Maut Dilanggar Mercedes Lawan Arus

Dua Remaja Maut Dilanggar Mercedes Lawan Arus

October 6, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA remaja terbunuh selepas kereta dinaiki mereka dirempuh Mercedes-Benz yang dipandu secara melawan arus di KM6.4 Jalan Ismail Sultan di Iskandar Puteri, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.20 pagi itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda Jazz dikenali sebagai Giggs Tan Ka Qing dan Ong Wan Ling masing-masing berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pemandu Mercedes-Benz memandu melawan arus sebelum melanggar Honda Jazz berkenaan.

Akibatnya pemandu dan penumpang Honda Jazz maut.

“Polis mengambil sampel darah pemandu Mercedes-Benz berusia 30 tahun bagi ujian kandungan alkohol atau dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Hairulnizam Mohd Noh berkata, 20 anggota dengan dua jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Larkin dihantar ke tempat kejadian.

Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki dan wanita dalam Honda Jazz maut manakala seorang lagi lelaki dalam Mercedes-Benz cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Jazz, kemalangan jalan raya, Mercedes Lawan Arus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my