• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Scrambler 1200 XE, Scrambler 1200 X (2024) Lancar, Komponen Dinaik Taraf, Harga Mula RM64.3k

Triumph Scrambler 1200 XE, Scrambler 1200 X (2024) Lancar, Komponen Dinaik Taraf, Harga Mula RM64.3k

October 4, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


TRIUMPH Motorcycles
mengemas kini model Triumph Scrambler 1200 XE (2024) baharu bagi menggantikan Scrambler 1200 XC dengan mengetengahkan falsafah motosikal untuk keseronokan off-road ekstrem, jalanan dan kembara advencer.

Triumph Scrambler 1200 X (2024) baharu pula dibina sebagai motosikal jalanan yang lebih mudah akses.

SCRAMBLER 1200 XE (2024)
SCRAMBLER 1200 XE (2024)
SCRAMBLER 1200 X (2024)
SCRAMBLER 1200 X (2024)

Masih dalam gaya retro, kedua-dua model menggunakan rim jejari 21 inci di depan dan 17 inci di belakang dengan ekzos tinggi, serta kapasiti tangki minyak 15 liter untuk jarak tunggangan lebih jauh.

Juga tidak dilupakan aspek kecekapan enjin yang dipertingkat lebih baik walaupun data homologasi masih belum dimuktamadkan. Berikut spesifikasi, termasuk harga kedua-dua model:

Triumph Scrambler 1200 XE (2024)

Sapphire Black
Sapphire Black
Baja Orange/Phantom Black
Baja Orange/Phantom Black
Phantom Black Storm Grey
Phantom Black Storm Grey
  • Dijual pada harga AS$13,595 (RM72,360) dengan pilihan warna Sapphire Black (hitam), Baja Orange/Phantom Black (jingga-hitam) dan Phantom Black Storm Grey (hitam-kelabu)
  • Dijana enjin 4-lejang 8-injap sudut engkol 270º dwi-silinder 1200cc Parallel Twin SOHC penyejukan cecair berkuasa 89hp @ 7,000rpm dan tork 110Nm @ 4,250rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Marzocchi (menggantikan Showa) boleh laras penuh dengan jarak travel 250mm di depan, dan dwi-absorber Marzocchi RSU (menggantikan Öhlins) dengan jarak travel 250mm boleh laras penuh di belakang.
  • Sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper radial M4.30 Brembo 4-piston (depan) dan cakera tunggal apung 255mm dengan kaliper piston tunggal Nissin (belakang).
  • Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim 21 inci dengan tayar tiubles 90/90 di depan dan 17 inci di belakang dengan tayar tiubles 150/70 (belakang).
  • Panel meter TFT  berwarna multifungsi.
  • Dimensi tinggi 1,250mm, dan lebar 905mm. Tinggi pelana 870mm. Berat kerb 230kg. Kapasiti tangki 15 liter.

Triumph Scrambler 1200 X (2024)

Sapphire Black
Sapphire Black
Ash Grey
Ash Grey
Carnival Red
Carnival Red
  • Dijual pada harga AS$13,595 (RM64,320) dalam pilihan warna Sapphire Black (hitam), Ash Grey (kelabu) dan Carnival Red (merah).
  • Dijana enjin 4-lejang 8-injap sudut engkol 270º dwi-silinder 1200cc Parallel Twin SOHC penyejukan cecair berkuasa 89hp @ 7,000rpm dan tork 110Nm @ 4,250rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Marzocchi (menggantikan Showa) tidak boleh laras dengan jarak travel 170mm di depan, dan dwi-absorber Marzocchi RSU (menggantikan Öhlins) jenis boleh laras prabeban di belakang.
  • Sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper dwi-piston Nissin (depan) dan cakera tunggal apung 255mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
  • Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim 21 inci dengan tayar tiubles 90/90 di depan dan 17 inci di belakang dengan tayar tiubles 150/70 (belakang).
  • Panel meter TFT  berwarna multifungsi.
  • Dimensi tinggi 1185mm, dan lebar 834mm. Tinggi pelana 820mm. Berat kerb 228kg. Kapasiti tangki 15 liter.

SUMBER: VisorDown |TriumphMotorcycles.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, Triumph Motorcycles, Triumph Scrambler 1200 X (2024), Triumph Scrambler 1200 XE (2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev