• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Model EV Konsep Nissan Hyper Urban Didedah untuk Pameran JMS 2023

Model EV Konsep Nissan Hyper Urban Didedah untuk Pameran JMS 2023

October 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


MENJELANG Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 di Tokyo akhir bulan ini, Nissan Motor mendedahkan salah satu siri kenderaan elektrik (EV) konsep jenama itu, Nissan Hyper Urban secara digital di Pusat Teknikal Nissan di Atsugi, Kanagawa, Jepun.

Model EV konsep itu akan didedahkan satu persatu dalam bentuk digital menjelang tarikh JMS 2023 yang bermula 25 Oktober ini.

Visi Nissan dalam JMS 2023 adalah dedikasi tidak berbelah bahagi dalam memperkaya kehidupan orang ramai dan merevolusi landskap EV dengan produk dan teknologi transformatif.

Nissan Hyper Urban digayakan bersesuaian cita rasa canggih pengguna sasaran seperti golongan profesional di bandar dan pinggir bandar yang mengutamakan kelestarian alam sekitar.

Rekabentuk model EV konsep itu tampil agresif, dan futuristik dengan garis badan serta bentuk tajam di depan dan belakang.

Bahagian luaran berwarna kuning limau mampu mengubah ekspresi kromatik bergantung sudut cahaya.

Pintu jenis 'gunting' depan dan belakang pula memberikan rasa keterbukaan, manakala siluet sporty menghasilkan kecemerlangan aerodinamik untuk meningkatkan kecekapan.

Tayar lebar melengkapkan gaya sporty kereta ini selain membangkitkan dinamik lasak dengan estetika bandar.

Ruang kabin mengambil ilham segitiga kaleidoskopik dengan panel instrumen dan paparan skrin boleh ubah mengikut mood pemilik.

Selain itu, tempat duduk depan boleh diturun dan dilipat ke tempat duduk belakang untuk mendapat ruang santai peribadi seakan sofa.

Fungsi V2H (Vehicle-to-Home) juga ada pada Nissan Hyper Urban ini dengan tenaga elektrik daripada bateri boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik untuk alatan rumah bagi membantu menjimatkan kos tenaga dan mengurangkan tekanan grid kuasa.

Sistem Pengurusan Pengecasan Pintar (SCMS) Nissan Hyper Urban menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengecas kereta dan bangunan secara autonomi bagi pengurusan kuasa lebih cekap.

Konsep ini juga mengaplikasi kemampanan jangka hayat kenderaan sekali gus ideal untuk orang ramai menyedari nilai jangka panjang mengenai apa dimiliki.

Kemas kini perkakasan dan perisian memberikan pengalaman pemilikan baharu selama bertahun lama kerana ruang kabin boleh disegarkan menerusi panel instrumen baharu yang menggambarkan teknologi dan trend masa kini dalam antaramuka grafik.

Pengumuman lanjut model konsep Nissan lain dijadualkan pada 10, 17, dan 19 Oktober ini.

BACA >>> Nissan LEAF Tukar Jadi Crossover Tahun Depan?
BACA >>> Nissan Skyline NISMO (2024) Didedahkan, Terhad 1,000 Unit Sahaja

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, EV Konsep, Japan Mobility Show (JMS), JMS, Kenderaan Elektrik (EV), kereta konsep, Model Konsep EV, Nissan, Nissan Hyper Urban, Nissan Motor, Pameran Mobiliti Jepun, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev