• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ACO Tech Perkenal Sistem Bayar Parkir Pintar Pay & Go dalam Unit Infotaiment Proton!

ACO Tech Perkenal Sistem Bayar Parkir Pintar Pay & Go dalam Unit Infotaiment Proton!

October 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT teknologi berpangkalan di Malaysia, ACO Tech mengumumkan penyepaduan sistem pembayaran pintar milik tempatan, Sarawak Pay & Go dengan perisian unit infotainment ATLAS bagi melancarkan pembayaran parkir kereta.

Perkongsian pertama seumpama itu di Malaysia dirasmikan melalui Perjanjian Integrasi Produk (PIA) yang bertujuan meningkatkan keselesaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pemanduan.

Pembayaran parkir kereta pintar Pay & Go membolehkan pengguna membuat pembayaran tempat letak kenderaan terus dari dalam kereta dengan hanya satu sentuhan menerusi paparan skrin infotainment ATLAS, tanpa perlu lagi menggunakan kaedah tiket parkir fizikal atau menerusi telefon pintar.

Ciri ini juga akan disepadukan dalam model Proton terpilih yang dilengkapi sistem pengendalian automotif pertama di Malaysia, ATLAS OS.

Pay & Go menggunakan teknologi pengecaman nombor plat yang dapat mengetepikan keperluan penggunaan mesin pembayaran automatik.

Selepas menyimpan nombor plat kenderaan dalam akaun Pay & Go, pemandu boleh menggunakan kredit yang boleh dibeli dalam aplikasi untuk membuat pembayaran terus daripada unit infotainment sebelum menghampiri pintu keluar.

Pembayaran QR menerusi platform tempatan S Pay Global turut disokong, manakala kemas kini perisian bakal membolehkan pengguna membayar terus daripada akaun e-dompet ATLAS Pay.

Bermula hari ini (4 Oktober), Proton X70 yang dilengkapi unit infotainment dengan sistem operasi ATLAS1 akan menjadi model pertama melancarkan sistem ini.

Pay & Go juga bakal tersedia pada model Proton lain, bermula siri X melalui kemas kiri atas talian (OTA).

Ketua Pegawai Eksekutif Pay & Go, Eddie Wee berkata, aplikasi Pay & Go lebih daripada sekadar penyedia penyelesaian parkir kereta pintar.

Kami ada rancangan melancarkan lebih banyak ciri dalam sistem ATLAS seperti eReservation untuk tempahan pembelian makanan dan minuman, serta tempahan parkir kereta dalam masa terdekat," kata Eddie.

Perkhidmatan Pay & Go kini tersedia di 28 lokasi seluruh negara, terutama di Kuching dan akan diperluas ke lebih banyak kawasan, terutama di Lembah Klang.

BACA >>> ACO Tech Lancar Sistem Operasi Unit Infotainmen Bersepadu ATLAS Auto
BACA >>> Proton Mungkin Pasang Kereta Jenama smart di Kilang Tanjung Malim

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ACO Tech, ATLAS OS, IHU, pay & go, Proton, Sistem Parkir Pintar, Unit Infotainment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev