ASTRA Honda Motor (AHM) melancarkan sportbike Honda CBR150R MotoGP Edition (2023) sempena penganjuran GP Mandalika 2023 yang akan berlangsung pada 13-15 Oktober ini.
Model edisi khas itu hadir dalam liveri jentera RC213V yang ditunggang duo pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dan Joan Mir. Berikut perincian Honda CBR150R MotoGP Edition (2023):
HARGA, WARNA
Versi ABS
Ada empat pilihan warna iaitu Edisi MotoGP, Dominator Matte Black (hitam), Victory Red Black (merah hitam) dan Tricolor.
- Dominator Matte Black dan Victory Red Black: 41,400,000 rupiah (RM12,525)
- Honda Tricolor dan Edisi MotoGP: 42,110,000 rupiah (RM12,740)
Versi Tanpa ABS
Varian tanpa ABS juga hadir dengan pilihan warna dengan harga seperti berikut:
- Dominator Matte Black dan Victory Red Black: 37,283,000 rupiah (RM11,280)
- Honda Racing Red dan Tricolor: 37,990,000 rupiah (RM11,490)
PERINCIAN
- Antara ciri utama sportbike itu ialah fork terbalik (USD), panel meter digital penuh, lampu LED dan ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
- Trenkuasa silinder tunggal 149.16cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menawarkan output kuasa 16.8hp @ 9,000rpm dan tork 14.4Nm @ 7,000rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan. Pecutan 0-200 meter mengambil masa 10.6 saat, manakala kelajuan maksimum 127kmj.
- Dilengkapi ciri klac antigelincir Slipper Clutch.
- kapasiti tangki minyak 12 liter.
- Dimensi panjang 1,983mm, lebar 700mm, dan tinggi 1,077 mm. Tinggi pelana 782mm dan jarak roda 1,310mm. Jarak tinggi bumi 160mm.
- Berat kerb 137kg (tanpa ABS) dan 139kg (ABS).
SUMBER: Kompas
Leave a Reply