• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Swift Concept Beri Bayangan Swift Baharu, SUV Elektrik eVX Bakal Masuk Malaysia?

Suzuki Swift Concept Beri Bayangan Swift Baharu, SUV Elektrik eVX Bakal Masuk Malaysia?

October 30, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI Swift generasi ketiga dilancarkan di Jepun pada Disember 2016 dan turut dibawa ke pasaran tempatan dalam versi prestasi Swift Sport.

Usia lebih lima tahun bermakna sudah tiba masa untuk pengganti. Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 (nama baharu untuk Pameran Motor Tokyo, TMS yang berlangsung pada 26 Oktober lalu menjadi medan pameran model Swift Concept.

Walaupun model konsep, Swift nampak seperti siap dijual kepada orang ramai. Ada beberapa model menarik lain turut dipamerkan.

Suzuki Swift Concept

  • Menggunakan gaya rekabentuk mirip generasi ketiga dengan bahagian sisi nampak lebih lebar.
  • Rekabentuk tukup enjin dibuat selari garis bahu.
  • Selain konsep design and drive, Suzuki Swift Concept membawa nilai baharu 'have fun with car and daily lives'.
  • Dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan canggih seperti Sokongan Brek Dua Sensor (DSBS II), Sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHS), dan Sistem Pemantauan Pemandu (DMS).
  • Enjin kecekapan tinggi untuk keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.
suzuki-swift-concept-jms-2023-4
suzuki-swift-concept-jms-2023-5
suzuki-swift-concept-jms-2023-6
suzuki-swift-concept-jms-2023-2
suzuki-swift-concept-jms-2023-1
suzuki-swift-concept-jms-2023-3

Suzuki eWX (wagon mini EV)

Suzuki eWX
  • Membawa adunan keseronokan dan praktikaliti mini wagon dalam EV futuristik.
  • Direka sebagai rakan yang membantu kehidupan harian.
  • Rekabentuk ringkas dan ruang kabin mesra pengguna.
  • Jarak pemanduan hingga 230km sekali cas.
  • Dimensi panjang 3,395mm, lebar 1,475mm, dan tinggi 1,620mm.

Suzuki Spacia Concept / Spacia Custom Concept

Suzuki Spacia Concept
  • Kei-car (kereta mini) dengan gaya unik dan ruang kabin luas.
  • Memenuhi hasrat Suzuki bertemakan 'Make daily lives more fun, convenient, and comfortable!'
  • Direka untuk keselesaan dan keterujaan yang mewarnai kehidupan harian.

Suzuki eVX - Model strategik EV gloval pertama Suzuki

  • Pernah dipamerkan di India pada Januari 2023 dengan tampil membawa perubahan luaran baharu di Tokyo.
  • Dilengkapi teknologi pacuan empat roda (4x4) kawalan elektronik versi baharu.
  • Jarak pemanduan 500km sekali cas.
  • Dimensi panjang 4,300mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1.6mm.

Daripada empat model di atas, Naza Eastern Motors pada Julai lalu mengesahkan EV Suzuki akan dibawa masuk ke pasaran tempatan, dan kemungkinan EV dimaksudkan itu ialah  Suzuki eVX.

Jarak pemanduan jauh dan dimensi bersesuaian dengan pengguna tempatan berpotensi diterima pasaran ketika Kerajaan menawarkan pengecualian duti dan cukai.

Rekabentuk Suzuki eVX juga menarik dengan Suzuki mempunyai reputasi baik dalam kalangan pengguna tempatan.

Satu lagi model berpotensi ialah Suzuki Swift Sport seperti ditawarkan kini. Namun masih awal, dan tiada lagi sebarang perkembangan mengenai Swift Sport baharu versi elektrifkasi.

BACA >>> AFAZ Jadi Jenama Motosikal Nasional Baharu, Dapat Kerjasama Suzuki Jepun
BACA >>> Naza Eastern Lancar 30 Unit Suzuki Jimny Rhino, Harga RM174.9k!
BACA >>> Suzuki, Daihatsu dan Toyota Bekerjasama Bangunkan Keicar Komersial Elektrik

Suzuki Swift Concept
Suzuki Swift Concept
Suzuki Swift Concept.02
Suzuki Swift Concept.03
Suzuki eWX
Suzuki eWX
Suzuki Spacia Concept
Suzuki Spacia Concept
Suzuki eVX
Suzuki eVX
Suzuki eVX.03
Suzuki eVX.04
Suzuki eVX.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Suzuki, Suzuki eVX, Suzuki eWX, Suzuki Spacia Concept, Suzuki Swift, Suzuki Swift 2024, Suzuki Swift Concept

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev