• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anjing Kantoi Pandu Laju, Tuan Pula Kena Saman

Anjing Kantoi Pandu Laju, Tuan Pula Kena Saman

October 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEPASUKAN polis di wilayah Trnava, Slovakia tergamam selepas kamera perangkap halaju memaparkan aksi seekor anjing berwarna coklat duduk di kerusi pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Skoda Kamiq yang dirakam memandu melebihi halaju dibenarkan.

Foto tular di media sosial menunjukkan 'suspek anjing' memandu SUV tersebut di satu jalan awam tanpa ditemani penumpang manusia di dalam.

Misteri terjawab selepas SUV dipandu anjing tersebut dipintas kereta peronda polis di perkampungan Sterusy kerana memandu melebihi had kelajuan 6kmj di laluan 50kmj.

Pemilik kenderaan kemudian dapat dikesan, iaitu seorang lelaki berumur 31 tahun yang mendakwa anjingnya tiba-tiba melompat atas ribanya ketika memandu. Bagaimanapun, rakaman video menunjukkan insiden itu tidak pernah berlaku.

Polis kemudian mengeluarkan saman ke atas pemilik SUV berkenaan atas kesalahan melanggar peraturan lalulintas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada saman dikeluarkan itu adalah disebabkan memandu melebihi halaju, atau pemilik cuai kerana gagal menjaga haiwan peliharaan dalam kenderaan bergerak.

Anggota polis Polícia SR Trnavský kraj dalam perkongsian di Facebook mengesahkan foto itu sebagai tulen dan bukan disunting.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: anjing pandu kereta, Anjing Pandu Laju, Anjing Pandu SUV, Auto Global, Isu Keselamatan Jalan Raya, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), pelik, Polícia SR Trnavský kraj, Roda4, Skoda Kamiq, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my