• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

September 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY menerima pengiktirafan untuk dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Tiggo 7 dan 8 Sport daripada JD Power di China.

Menurut pengeluar kenderaan itu, kajian JD Power China Automotive Performance, Execution, and Layout meletakkan model  Chery Tiggo 7 sebagai kenderaan nombor satu dalam kategori SUV ekonomi saiz sederhana manakala Tiggo 8 berada di tangga teratas kategori SUV saiz sederhana.

Keputusan itu dibuat dengan penglibatan penilaian terhadap 35,155 pemilik yang membeli kenderaan baharu berasaskan bahan api konvensional antara Jun 2022 dan Mac 2023. Secara asasnya, ia melibatkan 230 model daripada 48 jenama kenderaan.

Untuk Chery pula, pengeluar itu menyatakan kajian tersebut dilakukan di 81 bandar utama di China antara Disember 2022 dan Mei 2023.

Chery dalam satu kenyataan menjelaskan:

Sejak 26 tahun lalu, Chery Group sudah membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan serta teknologi, membuat inovasi secara berterusan untuk memenuhi jangkaan permintaan pengguna, trend industri dan standard kualiti global."

Sehingga kini, jualan SUV Chery sudah melepasi 3.4 juta unit di seluruh dunia.

SUMBER: Zigwheels

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Chery, Chery Tiggo 7 Pro, Chery Tiggo 8 Sport, JD Power China Automotive Performance Execution and Layout, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev