DUCATI Malaysia memperkenalkan model terbaharu Ducati Panigale V4 SP2 (2023) ke pasaran tempatan dalam satu warna pilihan, iaitu Winter Test.
Superbike edisi terhad itu ditawarkan pada harga jualan RM299,900 seunit, berserta waranti dua tahun tanpa had perbatuan. Berikut perincian Ducati Panigale V4 SP2 (2023):
- Trenkuasa 4-silinder 4-injap V4 1,103cc Desmosedici Stradale 90º penyejukan cecair dengan output kuasa 215.5hp @ 13,000rpm dan tork 123.6Nm @ 9,500rpm.
- Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac kering STM-EVO SBK.
- Menampilkan liveri hitam ilham jentera ujian musim sejuk dengan warna hitam kusam pada fairing dan winglet, serta kontras merah terang pada beberapa bahagian badan.
- Tangki minyak jenis aluminium.
- Komponen gentian karbon pada madgad dan sepasang winglet besar pada sisi motosikal.
- Berbeza model SP2 versi Amerika Utara, jentera ditawarkan kepada pelanggan Malaysia menggunakan rim magnesium Marchesini dengan gangsa.
- Peg kaki bilet aluminium, tetapi sistem ekzos bukan daripada Akrapovic.
- Setiap unit ada nombor siri tersendiri yang diukir atas bar hendal.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) Öhlins NPX25/30 dengan kaliper Brembo Stylema R dan monoshock Öhlins TTX36.
Leave a Reply