• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!

Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!

September 26, 2023 By Sharil Leave a Comment

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FESTIVAL Toyota GAZOO Racing musim ke-6 dan GR Vios Challenge kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 September-1 Oktober ini bagi mencari empat juara baharu dalam kelas Rookie, Sporting, Super Sporting dan Promotional.

Perlumbaan kali ini menyaksikan debut perlumbaan Toyota Vios generasi keempat serba baharu bagi barisan pemandu selebriti dalam kelas Promotional.

Model itu akan digunakan dalam semua kategori (kecuali Rookie) sepanjang saingan GR Vios Challenge musim ke-7 nanti.

Juara keseluruhan dalam kelas Sporting akan membawa pulang RM50,000, manakala Super Sporting membawa pulang tunai RM70,000. Hadiah tunai keseluruhan acara GR Vios Challenge musim ini bernilai lebih setengah juta ringgit, sekali gus menjadikan acara sukan permotoran paling dinantikan di Malaysia.

Sepanjang enam musim perlumbaan (sejak 2017 hingga 2023), festival perlumbaan  ini berjaya mencatatkan lebih 18 juta penonton.

Festival Toyota GAZOO Racing bukan saja menampilkan perlumbaan membabitkan GR Vios, tetapi juga  menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dalam dan luar trek seperti konsert, sesi ramah mesra bersama pelumba dan selebriti, Tempatan Fest serta pelbagai jualan barangan promosi.

Sesiapa yang mahukan aktiviti bermanfaat untuk dilakukan seisi keluarga dan rakan hujung minggu ini, ada juga konsert sepanjang dua hari acara itu berlangsung.

Konsert hari pertama bakal menampilkan artis tempatan seperti KMY KMO, Luca Sickta, dan OAG, manakala barisan artis seperti Iqbal M, Joe Flizzow, MK, SonaOne, ALYPH, AbangSapau, Killa Driz, Sophia Liana, Gard, Pele, Fuego & DJ CZA dijadualkan memeriahkan hari kedua.

Bayaran masuk Festival Toyota GAZOO Racing dan GR Vios Challenge pada 30 September-1 Oktober adalah PERCUMA, dan anda semua dijemput hadir!

BACA >>> Toyota GAZOO Racing (TGR) Hasilkan Semula Alat Ganti Land Cruiser 40 Series
BACA >>> Tengku Djan, Mika Juara Berganda GAZOO Racing Vios Sprint Cup

Related

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Konsert, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), TGR Vios Challenge, Toyota Gazoo Racing Festival, Toyota Vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev