• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Pemilik Kereta, Motor Indonesia Hilang Geran Wajib Iklan dalam Surat Khabar

#TahukahAnda: Pemilik Kereta, Motor Indonesia Hilang Geran Wajib Iklan dalam Surat Khabar

September 25, 2023 By Azhan O Leave a Comment

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA di Malaysia di panggil geran atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), di Indonesia pula dipanggil Bukti Pemilik Kendaraan Bermotor (BPKB), iaitu dokumen penting yang perlu disimpan baik pemilik kenderaan sama ada kereta atau motosikal.

Jika hilang geran kereta di Malaysia, pemilik cuma perlu buat laporan polis jika mengesyaiki dicuri atau hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuat sijil baharu semudah membawa kad pengenalan dan bukti berkaitan.

Tetapi di Indonesia, pemilik yang kehilangan BPKB perlu mengiklankan kehilangan geran kenderaan mereka di media cetak. Syarat leceh itu membuatkan ramai pemilik cenderung menangguh memperbaharui BPKB mereka dengan segera.

Antara alasan pihak berkuasa mewajibkan pemilik terlebih dahulu mengiklankan kehilangan BPKB di media cetak adalah supaya geran mereka tidak diambil kesempatan individu atau sindiket jenayah.

Ini kerana ada kes individu membuat laporan polis kehilangan BPKB hanya selepas dua bulan membeli kenderaan, sedangkan BPKB mereka disewakan kepada individu lain.

WAJIB IKLAN DALAM AKHBAR JIKA HILANG GERAN

bpkb-hilang-1
bpkb-hilang-3
bpkb-hilang-2

Justeru pihak berkuasa mewajibkan pemilik asal mengiklankan kehilangan BPKB selama tiga bulan supaya diketahui pihak bank, agensi pembiayaan kenderaan, dan pegadaian.

Ini kerana ada kes pemilik mendakwa BPKB mereka hilang, tetapi sebenarnya dalam simpanan atau ditahan pihak bank.

contoh-iklan-bpkb-hilang-media-cetak
bpkb-baru-indonesia

Memasang iklan kehilangan BPKB di media cetak seperti akhbar sangat penting bagi memenuhi persyaratan dalam undang-udang jalan raya di Indonesia dengan mengambil kira maklumat didedahkan itu mungkin diketahui umum dan diserahkan kepada pemilik asal jika ditemui.

Sama seperti geran Malaysia, BPKB menjadi syarat sah pemilikan kenderaan yang boleh dijadikan jaminan dalam membuat pembiayaan atau jual beli kenderaan.

Jadi, langkah pertama perlu dilakukan adalah membuat laporan kehilangan BPKB di balai polis terdekat dengan alamat. Kemudian, pemilik perlu memilih dua media massa untuk menerbitkan pengumuman, termasuk membayar transaksi pembayaran iklan.

Selepas diiklankan, bawa ke balai polis untuk mengurus BPKB baharu selepas tiada sebarang respons daripada BPKB yang diiklankan.

SUMBER: Kompas.com

Related

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, BPKB Hilang, Geran Kereta Hilang, Geran Kereta Indonesia, Hilang Geran Kereta, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev