• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Honda BeAT (2023) Serba Baharu Lancar di Filipina, Harga Mula RM5.8k!

Skuter Honda BeAT (2023) Serba Baharu Lancar di Filipina, Harga Mula RM5.8k!

September 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

12
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Philippines Incorporated (HPI) melancarkan skuter Honda BeAT (2023) serba baharu sempena meraikan ulang tahun ke-50 di Filipina.

Skuter yang ditayangkan Sabtu lalu itu adalah versi serba baharu yang menerima penambahbaikan gaya dan ciri selain mengekalkan aspek kecekapan bahan api.

Honda Beat - 10
Honda Beat - 13
Honda Beat - 15
Honda Beat - 14

Honda BeAT (2023) serba baharu itu didatangkan dalam tiga varian: Playful, Premium dan 50th Anniversary Limited Edition sebagai pilihan.

Varian Playful didatangkan dalam empat warna pilihan: Fighting Red (merah), Pearl Sylvestris Gray (kelabu), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Clipper Yellow (kuning).

Premium menawarkan dua warna pilihan: Pearl Arctic White (putih) dan Matte Axis Gray (kelabu). Varian Premium dilengkapi panel meter semi digital, lencana baharu tiga dimensi (3D) dan rim aloi emas.

Model edisi terhad pula hadir dalam warna Pearl Arctic White (putih) dengan aksen baharu dan logo 50th Anniversary di depan.

Aspek mekanikal Honda BeAT (2023) serba baharu adalah seperti berikut:

  • Dijana enjin eSP 4-lejang silinder tunggal 110cc SOHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api PGM-FI  yang menawarkan output kuasa 8.9hp @ 7,500rpm, dan tork 9.3Nm @ 6,000rpm.
  • Transmisi automatik V-matic.
  • Penggunakan bahan api 58.2km per liter.dengan kapasiti tangki minyak 4.2 liter.
  • Tinggi pelana 742mm. Jarak tinggi bumi 147mm. Berat kerb 90kg.
  • Sistem brek cakera tunggal di depan, dan brek dram di belakang.
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan monoshock dengan swingarm di belakang.
  • Tayar tiubles 80/90 di depan, dan 90/90 di belakang dengan rim sport 14 inci.
  • Menggunakan lampu utama LED, dan disediakan soket kuasa ACC baharu, sistem kunci disepadu dengan pelana boleh buka dan kotak simpanan bawah pelana 12 liter serta suis dan sensor tongkat sisi.

HARGA

Harga Honda BeAT (2023) serba baharu mengikut varian adalah seperti berikut:

  • Playful - 71,400 peso (RM5,890)
  • Premium - 72,400 peso (RM5,970)
  • 50th Anniversary Limited Edition - 74,400 peso (RM6,135)
Honda Beat - 4
Honda Beat - 5
Honda Beat - 6
Honda Beat - 7
Honda Beat - 9
Honda Beat - 12
Honda Beat - 10
Honda Beat - 8
Honda Beat - 11
Honda Beat - 2

SUMBER: Carmudi

Related

12
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda BeAT, Honda BeAT (2023) Serba Baharu, Honda Philippines Incorporated (HPI), roda2, skuter, Skuter 110cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev