• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / McLaren GT by MSO - Supercar Warna-Warni Edisi Terhad, Cuma Lapan Unit untuk Pelanggan UK

McLaren GT by MSO - Supercar Warna-Warni Edisi Terhad, Cuma Lapan Unit untuk Pelanggan UK

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MCLAREN UK mempersembahkan GT by MSO, iaitu model edisi terhad McLaren GT yang dibuat khusus untuk pelanggan di Britain.

McLaren GT berbeza daripada tawaran McLaren lain kerana dibangunkan berasaskan konsep grand tourer yang lebih selesa untuk pemanduan jauh.

Setiap pembuatan dihadkan dua unit sahaja, sekali gus meletakkan model ini sebagai koleksi langka (rare). Kombinasi warna dan bahan digunakan pula belum pernah digunakan pada McLaren GT sebelum ini.

McLaren Special Operations (MSO) menghasilkan ciri dalaman khas sebagai tribut kepada pasaran Britain yang menampilkan ciri unik seperti berikut:

  • Setiap unit GT by MSO tampil dengan corak berlian mengikut warna badan pada penyandar belakang dan dudukan kerusi serta dipadankan logo MSO pada penyandar kepala.
  • Warna badan dibuat menyerlah dan diseragam dengan kaliper brek.
  • Ada empat warna seperi Cerulean Blue (biru) yang asalnya dibuat untuk McLaren P1.
  • Warna biru metalik itu popular dalam kalangan pelanggan MSO dengan ciri pantulan mutiara atau putih (pearlescent) yang menyerlahkan lagi penampilan model berkenaan.
  • Warna XP Green (hijau) pula dihasilkan MSO sebagai tribut kepada McLaren F1. Warna hijau metalik gelap itu sinonim dengan prototaip McLaren F1 yang disepadan dengan warna prototaip F1 XP GT ‘Longtail’, dibuat sempena F1 GTR yang memenangi kejuaraan enduran Le Mans 24 Hours.
  • Sarigan Quartz (perak) digunakan pada Speedtail XP2, iaitu kereta pembangunan yang berjaya memecut 402kmj, lebih 30 kali dalam ujian kelajuan tinggi di Johnny Bohmer Proving Grounds, Florida, Amerika Syarikat (AS).
  • Cyber Yellow (kuning) ialah warna baharu sepenuhnya yang dibangunkan MSO untuk projek ini, iaitu evolusi kepada warna Volcano Yellow.
  • Warna ini ada lapisan pantulan mutiara yang diubah suai. Pandangan dari beberapa sudut pencahayaan akan menimbulkan kesan kilauan perak dan putih terang.
  • Semua unit dilengkapi pakej MSO Black Pack dengan cermin sisi, frem cermin atas dan muncung ekzos hitam kilat.
  • Rim aloi dan bumbung juga dibuat hitam kilat.
  • Dijana enjin M840TE 4.0L V8 turbo kembar yang menghasilkan output kuasa 612hp @ 7,000rpm, dan tork 630Nm @ 5,500rpm.
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan dalam pacuan roda belakang (RWD).
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.1 saat, manakala kelajuan maksimum 326.7kmj.
McLaren GT by MSO - Cerulean Blue 01
McLaren GT by MSO - Cerulean Blue 02
McLaren GT by MSO - Cerulean Blue 03
McLaren GT by MSO - Cyber Yellow 01
McLaren GT by MSO - Cyber Yellow 02
McLaren GT by MSO - Cyber Yellow 03
McLaren GT by MSO - Sarigan Quartz 01
McLaren GT by MSO - Sarigan Quartz 02
McLaren GT by MSO - Sarigan Quartz 03
McLaren GT by MSO - XP Green 01
McLaren GT by MSO - XP Green 02
McLaren GT by MSO - XP Green 03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GT by MSO, Kereta Sport, McLaren, McLaren GT, McLaren UK, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev