JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia membantu membuat hebahan panggilan balik sportbike Honda CBR600RR keluaran tahun 2020 hingga 2021. Panggilan balik itu melibatkan sebanyak 15 unit motosikal.
Hebahan panggilan balik itu dibuat berdasarkan untuk membantu pihak pengeluar dan berdasarkan rekod yang diterima JPJ. Agensi itu menjelaskan:
"Bagi pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat, anda akan dihubungi oleh pihak yang pengeluar kenderaan yang berkenaan sama ada melalui panggilan telefon, surat-menyurat, atau melalui komunikasi elektronik seperti e-mail dan sebagainya untuk menetapkan tarikh temujanji bagi proses penukaran komponen kenderaan yang terlibat.
"Proses penukaran ini termasuk komponen yang ditukar adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan tersebut.
"Justeru itu, anda sebagai pemilik kenderaan yang mungkin terlibat dalam aktiviti Pemanggilan Semula Kenderaan ini adalah dipohon untuk memberikan kerjasama penuh dengan menghantar kenderaan anda ke pusat- pusat servis bertauliah yang telah ditetapkan bagi mendapatkan khidmat penukaran alat ganti yang tulen."
PanduLaju sudah menghubungi Boon Siew Honda dan meminta penjelasan mengenai sebab panggilan balik tersebut dibuat dan mereka mengesahkan panggilan dibuat susulan masalah pam bahan api.
Pada Ogos lalu, Honda Japan sudah mengeluarkan hebahan panggilan balik membabitkan sebanyak 1,975 unit motosikal sama disebabkan permasalahan komponen pam bahan api yang boleh membawa kepada kejadian enjin terhenti.
Leave a Reply