BERMAZ Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) selaku pihak rasmi baik pulih kenderaan Citroen dan DS di Malaysia menggesa pemilik kenderaan jenama itu supaya jangan memandu jika belum menggantikan beg udara kereta masing-masing.
Kepada pemilik kenderaan yang perlu menukar beg udara kereta mereka, BAASB menyediakan kenderaan lain sebagai pinjaman dalam usaha memudahkan urusan harian ketika kerja penukaran dilakukan.
Hebahan itu dibuat berikutan notis panggil balik global membabitkan banyak pengeluar yang menggunakan beg udara Takata.
Jenama Citroen dan DS terlibat ialah C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 keluaran 2009-2017, tertakluk kempen panggil balik (recall) sejak 2020 secara berperingkat seluruh dunia.
Pemilik atau penjaga kenderaan yang sudah dihubungi untuk menukar beg udara Takata perlu berbuat demikian kerana kegagalan boleh mengundang risiko parah atau kematian.
Apa perlu dilakukan adalah menghubungi BAASB untuk mendapatkan servis menukar beg udara secara percuma.
BAASB juga mengakui sudah melakukan banyak usaha menghubungi pemilik kenderaan dengan kes beg udara Takata di Malaysia sama ada menerusi surat, kiriman berdaftar, e-mel, teks mesej dan panggilan telefon.
Jika anda salah seorang pemilik kenderaan terlibat, sila hubungi talian 03-7627 8818 atau hantarkan e-mel kepada [email protected].
Leave a Reply