DALAM barisan dua roda, Honda sebenarnya ada menawarkan skuter elektrik boleh lipat, dinamakan Motocompacto. Skuter itu ialah kenderaan mobiliti yang mengambil ilham skuter mini Motocompo yang pernah ditawarkan Honda awal 1980-an lalu.
Honda Motocompacto hadir dengan pelbagai ciri moden, tetapi mengekalkan imej retro dengan warna badan putih. Berikut perincian e-skuter tersebut:
- Skuter ini boleh dilipat untuk disimpan jika tidak digunakan.
- Berat 18.7kg, tetapi boleh menampung berat penunggang dan barangan hingga 120kg.
- Unit motor dipasang pada roda depan, manakala roda belakang dilengkapi brek dram.
- Menawarkan jarak tunggangan hingga 19km.
- Kelajuan maksimum 24kmj, dan kapasiti bateri 6.8Ah.
- Tempoh mengecas 3.5 jam dengan menggunakan soket rumah standard.
- Harga jualan AS$995 (RM4,670).
- Dijual menerusi pengedar Honda dan Acura di Amerika Syarikat (AS), bermula November ini.
BACA >>> Honda Mahu Bikin Semula Motosikal Lipat Motocompo?
BACA >>> e-Skuter Toyota C+ walk S Ini Direka Khas untuk Warga Emas, OKU, Harga RM16.5k
SUMBER: Techcrunch
Leave a Reply