• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lori Disita Walaupun Sudah Bayar Kompaun, JPJ Minta Syarikat Selesai dengan Mahkamah

Lori Disita Walaupun Sudah Bayar Kompaun, JPJ Minta Syarikat Selesai dengan Mahkamah

September 18, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KES lori yang dilaporkan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana membawa muatan berlebihan adalah tertakluk bidang kuasa mahkamah.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat pengangkutan terlibat perlu menyelesaikan proses berkaitan dengan mahkamah berdasarkan prosedur ditetapkan di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Merujuk laporan bertajuk ‘Pemandu terus buntu, JPJ masih sita lori walau kompaun sudah dibayar’ yang diterbitkan portal berita semalam, kenyataaan itu menjelaskan: “Dimaklumkan juga bahawa keputusan kes bagi tindakan berkenaan adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak mahkamah.”

Menurut laporan tersebut, sekumpulan pemandu kenderaan berat buntu selepas lori milik mereka masih belum dilepaskan daripada sitaan JPJ sejak sembilan bulan lalu hingga menyebabkan masing-masing hilang punca pendapatan.

Rata-rata pemandu ditemui menurut laporan itu mendakwa sudahpun melangsaikan kompaun atas kesalahan membawa lebih muatan.

JPJ memaklumkan pihaknya melaksanakan tindakan tegas menyita kenderaan berat milik sekumpulan pemandu lori kerana didapati membawa muatan melebihi 70 sehingga 140 peratus had dibenarkan.

JPJ berkata, kenderaan berat yang dilesenkan untuk membawa muatan tidak dibenarkan melebihi had berat mengikut kapasiti teknikal ditetapkan.

Kenderaan berat yang membawa lebih muatan atau berbahaya berisiko kepada kemalangan maut akibat kegagalan fungsi brek dan kegagalan teknikal kenderaan, selain mengakibatkan kerosakan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan kenderaan lain," kata kenyataan itu.

Justeru JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam penguatkuasaan undang-undang bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kehilangan nyawa pengguna jalan raya lain.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Lori Disita JPJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev