• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Buat Kursus Di Litar, Ajar Teknik Drift dan Burnout Untuk Pemilik Mustang!

Ford Buat Kursus Di Litar, Ajar Teknik Drift dan Burnout Untuk Pemilik Mustang!

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PEMILIK Ford Mustang baharu (generasi ketujuh) di Amerika Syarikat menikmati pelbagai program pada 2024 termasuk kursus pemanduan di litar.

Khusus untuk pemilik Mustang Dark Horse, program Mustang Dark Horse Track Attack akan dianjurkan di Charlotte Motor Speedway.

Program ini sebahagian daripada pakej pembelian Mustang Dark Horse (tidak termasuk pengangkutan dan penginapan).

Sebagai rujukan, Dark Horse adalah varian berbisa Mustang dengan enjin 5.0 liter V8 yang diubah suai dan menghasilkan 500 hp dan tork 567Nm.

Bukan setakat tangkap muat, program ini dibuat pada nisbah tiga peserta kepada satu pengajar dan pemilik akan menerima perhatian peribadi di laluan membulat (skid pad), autocross dan litar Charlotte Motor Speedway Roval.

Di antara pengisian program seperti sesi di dalam kelas, teknik penggunaan sistem tanpa alihan pedal minyak (no-lift-shift system), laluan membulat dan acara autocross.

Selepas itu, pemilik akan menguji kemahiran mereka di litar Charlotte Roval dengan tiga sesi 20 minit mengikut format pengajar (lead-follow) di depan.

Sesi di litar bersambung dengan satu pusingan penuh (hot lap) dan pengajar sendiri duduk di kerusi pemandu.

Sekolah Perlumbaan Ford Performance di Charlotte Motor Speedway turut memberi peluang kepada pemilik Mustang EcoBoost dan Mustang GT untuk mengikuti program pengajaran di litar.

Pemilik boleh memilih format program seperti panduan drift, pemanduan litar, kelas line-lock burnout (gelinciran tayar belakang dalam keadaan pegun) dan pelbagai lagi.

Tidak hanya teori dan praktikal, sebuah portal digital baharu menjadi platform kepada peminat tegar Mustang dan peluang untuk pemilik belajar, mengambil bahagian dan berinteraksi dengan peminat lain.

BACA >>> Ford Nugget (2023) Diperkenal, Van Kamper Sarat Ciri Praktikal

BACA >>> Ford Mustang GTD (2025) dengan Kuasa Ekstrem Lebih 800hp yang Sah Dipandu Atas Jalan

BACA >>> Ford Pro Electric SuperVan Ini Berkuasa 2,000hp, Mampu Pecut 0-100kmj Bawah 2 Saat!

BACA >>> Ford Mustang Dark Horse (2023) Baharu, Mustang Prestasi Tinggi dengan Kuasa 500hp!

Ford Mustang Dark Horse 2023.01
Ford Mustang Dark Horse 2023.02
Ford Mustang Dark Horse 2023.03
Ford Mustang Dark Horse 2023.04
Ford Mustang Dark Horse 2023.05
Ford Mustang Dark Horse 2023.06

Ford Mustang Dark Horse

ford-mustang-dark-horse-2023-bg
Ford Mustang Dark Horse 2024.13
Ford Mustang Dark Horse 2024.12
Ford Mustang Dark Horse 2024.11
Ford Mustang Dark Horse 2024.10
Ford Mustang Dark Horse 2024.09
Ford Mustang Dark Horse 2024.08
Ford Mustang Dark Horse 2024.07
Ford Mustang Dark Horse 2024.06
Ford Mustang Dark Horse 2024.05
Ford Mustang Dark Horse 2024.04
Ford Mustang Dark Horse 2024.03
Ford Mustang Dark Horse 2024.02
Ford Mustang Dark Horse 2024.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ford, Ford Mustang, Ford Mustang Dark Horse

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev