• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Aerodinamik Ford Mustang GTD dengan Ciri DRS dan Profil Kereta Boleh Naik-Turun

#TahukahAnda: Aerodinamik Ford Mustang GTD dengan Ciri DRS dan Profil Kereta Boleh Naik-Turun

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Mustang GTD ialah kereta luar biasa yang diilhamkan daripada Mustang GT3 yang bersaing dalam kejuaraan enduran Le Mans 2024.

Model ini ibarat jentera lumba jalanan dengan nama GTD merujuk kepada kelas GTD dalam siri perlumbaan Persatuan Sukan Permotoran Antarabangsa (IMSA) di Amerika Utara yang mengikut regulasi teknikal GT3 FIA.

Sayap belakang dibuka
Sayap belakang ditutup

Enjin 5.2L V8 supercas dibikin khas dengan output kuasa lebih 800hp dan kelajuan maksimum pada had rev (redline) lebih 7,500rpm.

Kuasa enjin dihantar ke roda belakang menggunakan syaf pacu (driveshaft) gentian karbon dan transmisi automatik dual klac (DCT) 8-kelajuan pada gandar belakang (rear transaxle) untuk nisbah agihan sama banyak antara roda depan dan belakang.

Apabila tayar menyentuh permukaan dan 73 selekoh Nürburgring, Mustang GTD disasarkan mencatat masa pusingan bawah tujuh minit.

Antara faktor membantu ialah teknologi aerodinamik aktif Mustang GTD yang belum pernah diguna pada model jalanan Ford dan juga tidak sah untuk jentera lumba GT3.

Sistem Pengurangan Seretan (DRS)

Kepak (flap) dibuka
Kepak (flap) ditutup

Nadi kepada prestasi aerodinamik Mustang GTD ialah Sistem Pengurangan Seretan (DRS) yang menggunakan sistem hidraulik bagi mengubah sudut sayap belakang dan mengaktifkan kepak di bahagian bawah depan kereta.

Sistem itu digunakan bagi mendapatkan keseimbangan yang betul antara aliran udara untuk halaju dan daya mendap bagi cengkaman mengikut keadaan prestasi.

Ketua jurutera program GTD, Greg Goodall berkata, setiap permukaan, bukaan badan dan liang kereta mempunyai fungsi tersendiri, dengan udara dialirkan untuk tujuan seperti penyejukan, aerodinamik dan daya mendap.

Ketika Mustang GTD menempuh selekoh tajam, cengkaman kereta lebih penting daripada halaju dan sistem DRS akan menutup sayap atas dan kepak bagi menghasilkan kerajang udara (airfoil) bersepadu.

Tujuannya, menjana tambahan daya mendap bahagian belakang dan membantu GTD melalui selekoh dengan lebih laju tanpa kehilangan cengkaman.

Bahagian bawah depan kereta yang dibentuk seperti lunas (keel) berperanan membantu mengeluarkan udara yang datang dari depan melalui bahagian dalaman roda depan (wheel wells) dan liang besar fender.

Tujuannya, mewujudkan sudut tekanan pada bahagian bawah yang berfungsi seperti sedutan supaya bahagian depan kereta stabil ketika melalui selekoh.

Gambaran kepada ciri di atas boleh difahami melalui gambar sediakan dengan merujuk bukaan sayap belakang terbuka dan tertutup.

Badan Tinggi dan Rendah

Sayap belakang ditutup
Sayap belakang dibuka

Bagi pemanduan harian atau sebelum sampai ke litar, Mustang GTD perlu melalui bonggol jalan dan sebagainya dan sebaik saja sesi hari litar bermula atau apabila diperlukan, badan kereta boleh direndahkan.

Suspensi Mustang GTD menerusi mod Track dapat menurunkan badan sebanyak 40mm untuk membantu meningkatkan aliran udara bagi melepasi dan melalui badan kereta.

Kerja perincian aerodinamik dilakukan dengan beribu-ribu jam simulasi aliran udara vuitual menggunakan komputer berkuasa tinggi, dan ujian masa di litar seperti Road Atlanta di Amerika Syarikat dan Spa di Belgium.

Harga dan Jualan

Ford memaklumkan Mustang GTD dijangka tersedia pada penghujung 2024 atau awal 2025. Harga rasmi pula belum disahkan dan dijangka bermula AS$300,000 (RM1,400,700).

Sayap belakang ditutup
Sayap belakang ditutup
Sayap belakang dibuka
Sayap belakang dibuka
Sayap belakang ditutup
Sayap belakang ditutup
Sayap belakang dibuka
Sayap belakang dibuka
Kepak (flap) dibuka
Kepak (flap) dibuka
Kepak (flap) ditutup
Kepak (flap) ditutup
Sayap belakang ditutup
Sayap belakang ditutup
Sayap belakang dibuka
Sayap belakang dibuka
ford-mustang-gtd-bg
Ford Mustang GTD 2024.25
Ford Mustang GTD 2024.24
Ford Mustang GTD 2024.22
Ford Mustang GTD 2024.19
Ford Mustang GTD 2024.18
Ford Mustang GTD 2024.16
Ford Mustang GTD 2024.15
Ford Mustang GTD 2024.14
Ford Mustang GTD 2024.06
Ford Mustang GTD 2024.11
Ford Mustang GTD 2024.10
Ford Mustang GTD 2024.13
Ford Mustang GTD 2024.03
Ford Mustang GTD 2024.02
Ford Mustang GTD 2024.17
Ford Mustang GTD 2024.07
Ford Mustang GTD 2024.01

Related

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fod Mustang GTD, Ford, Ford Mustang, Mustang GTD, Roda4, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev