• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!

EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!

September 25, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ZEEKR yang juga jenama di bawah Geely Holding Group membuka tempahan awal dua kenderaan elektrik (EV) mewah ZEEKR X dan ZEEKR 001 di Jerman.

ZEEKR sebelum itu menawarkan produk jenama itu di Sweden dan Belanda. ZEEKR X ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak urban, manakala ZEEKR 001 ialah model shooting brake.

ZEEKR X
ZEEKR 001

Penghantaran pertama dijadualkan dibuat pada penggal pertama 2024 dengan mensasarkan banyak pasaran Eropah Barat menjelang 2026.

Berikut ringkasan mengenai dua model taruhan tersebut:

ZEEKR X

Jujur penulis tertarik dengan rekabentuk ZEEKR X yang nampak robotik dan lari daripada kebiasaan. Bahagian dalaman tampil ringkas dan mewah serta dilengkapi sistem audio sekeliling, termasuk sistem infotainment 5G. Model ini juga canggih dan boleh diparkir sendiri.

ZEEKR X Privilege dibekal dwi-motor dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang menghasilkan output kuasa 315kW (428hp) dan tork segera 543Nm.

Bukan saja rekabentuk unik, kenderaan elektrik (EV) jenis SUV ini ibarat supercar dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat!

Semua varian ZEEKR X menggunakan bateri 69kWj, yang mana model Long Distance dengan motor tunggal dan sistem pacuan roda belakang (RWD) boleh dipandu sejauh 445km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

ZEEKR X mempunyai keupayaan pengecasan pantas (DC) 150kW dan pengecas standard (AC) 22kW yang boleh mengecas penuh 0-100 peratus dalam masa dua jam.

Harga pelancaran ZEEKR X motor tunggal Long Distance bermula €44,990 (RM224,475)

ZEEKR 001

Model ini tampil gah dengan gaya shooting brake atau wagon. Gaya badan dibuat dalam bentuk aliran (streamline) dan dioptimum secara aerodinamik dengan pekali seretan (Cd) hanya 0.23.

ZEEKR 001 Performance dan Privilege dengan dwi-motor dan sistem AWD menghasilkan output kuasa 400kW (544hp) dan tork 686Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat.

Dengan bateri 100kWj, dan varian motor tunggal RWD Long Distance boleh dipandu hingga 620km mengikut ujian WLTP.

Boleh menggunakan pengecas DC 200kW, dan masa mengecas 0-80 peratus memerlukan 30 minit. Pengecas biasa (AC) 22kW pula mampu mengecas 0-100 peratus dalam masa lima jam setengah.

ZEEKR 001 Privilege dilengkapi suspensi udara dengan damper adaptif sebagai ciri standard yang membantu aspek ketajaman pemanduan tanpa mengorbankan keselesaan.

Harga pelancaran ZEEKR 001 varian motor tunggal, Long Distance bermula €59,990 (RM299,601).

BACA >>> Geely Tambah Satu Lagi Jenama Usahasama Syarikat AI untuk Hatchback EV Ji Yue 01 (2024)
BACA >>> Renault Group, Geely Meterai Kerjasama Tubuh Syarikat Teknologi Hibrid, ICE Kecekapan Tinggi

ZEEKR X (2023)
ZEEKR X
ZEEKR 001 (2023)
ZEEKR 001

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geely Holding Group, Kenderaan Elektrik (EV), Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP), Zeekr, Zeekr 001, ZEEKR X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my