• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / EMOS Serah 100 Unit Pertama Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) di Malaysia

EMOS Serah 100 Unit Pertama Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) di Malaysia

September 14, 2023 By Sharil Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EDARAN Modenas Sdn Bhd (EMOS) secara rasminya melancarkan sportsbike 250cc dengan empat silinder, Modenas ZX-25R SE (2023) untuk pasaran Malaysia pada harga RM33,900.

Dengan pelancaran ini, sebanyak 100 unit pertama yang ditempah pelanggan terawal telah diserahkan kepada mereka dalam sebuah acara yang bertempat di Sentul Depot.

Berikut merupakan perincian motosikal ini:

  • Menggunakan enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 250cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan output kuasa 44hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500rpm.
  • Dilengkapi sistem ram udara (air ram).
  • Transmisi manual 6-kelajuan manual dengan klac antigelincir Slipper Clutch.
  • Fork terbalik (USD) Showa SFF-BP boleh laras di depan, dan monoshock horizontal back-link boleh laras prabeban di belakang.
  • Brek cakera tunggal 310mm di depan, dan cakera tunggal 220mm belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan dan belakang
  • Saiz tayar 110/70R17 (depan), dan 150/60R17 (belakang).
  • Tinggi pelana 785mm, berat kerb 184kg, dan kapasiti tangki minyak 15 liter.
  • Lampu LED penuh untuk lampu utama, belakang dan signal belok.
  • Panel meter TFT digital
  • Ada empat mod tunggang: Rider, Eco, Rain, dan Sport.
  • Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC) dan Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Konektiviti Bluetooth menerusi aplikasi Kawasaki Rideology.

Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) didatangkan dengan waranti dua tahun dengan perbatuan tanpa had.

Versi RR pula akan dijangka tiba tahun depan, iaitu varian dengan sistem suspensi dipertingkat dengan unit monoshock Öhlins

BACA >>> Kawasaki ZX-4R (2024) Versi CBU Lancar di India, Harga Mula RM47.8k!
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2024) Terima Warna Baharu di Jepun, Harga RM30.4k!

Related

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 4 silinder, Modenas Ninja ZX25-R SE (2023), modenas zx-25R SE (2023), roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my