• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R15M MotoGP Edition (2023) Lancar di India, Harga RM11.1k

Yamaha R15M MotoGP Edition (2023) Lancar di India, Harga RM11.1k

September 13, 2023 By Aryon Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor India melancarkan Yamaha R15M MotoGP Edition (2023) pada harga 197,200 rupee (RM11,130), iaitu 1,500 rupee (RM85) lebih mahal daripada Yamaha R15M.

Walaupun model edisi khas ini dibina berasaskan R15M, tetapi didatangkan dengan grafik dan liveri yang diilhamkan daripada jentera pasukan Monster Energy Yamaha YZR-M1 (foto bawah) musim ini.

Latar badan hitam diberikan dekal biru dan kelabu pada fairing dengan grafik cakaran dan logo Monster di tengah. Logo Monster juga tertera pada seksyen ekor dan fairing kepala.

Aspek mekanikal pula kekal sama seperti Yamaha R15 M seperti berikut:

yamaha-r15m-motogp-edition-2023-1
yamaha-r15m-motogp-edition-2023-2
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (FI) yang memberikan output kuasa 18.1hp @ 10,000rpm dan tork 14.2Nm @ 7,500rpm
  • Transmisi manual 6-kelajuan.
  • Tinggi pelana 815mm, kapasiti tangki minyak 11 liter, berat kerb 141kg dan jarak tinggi bumi 170mm.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal 282mm di depan dan cakera tunggal 220mm di belakang. Rim 17 inci dibalut tayar tiubles 100/80 (depan), dan 140/70 (belakang).

  • Sistem lampu LED penuh. Panel meter TFT digital dengan sambungan Bluetooth dan aplikasi Y-Connect.
  • Antara ciri standard diberikan ialah Quickshifter, kawalan traksi, mod tunggang (Track dan Street) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Yamaha, Yamaha Motor India, Yamaha R15M MotoGP Edition (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev