• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Agih Subsidi Minyak untuk Pemandu, Penunggang Kenderaan Utiliti Awam!

Filipina Agih Subsidi Minyak untuk Pemandu, Penunggang Kenderaan Utiliti Awam!

September 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Filipina (DOT) akan membuat agihan subsidi bahan api berjumlah 3 bilion peso (RM247 juta) kepada pemandu kenderaan utiliti awam (PUV) sebaik saja agensi Kerajaan itu menerima dana berkenaan.

Setiausaha DOT, Jaime Bautista mendakwa sudah mengarahkan Lembaga Pengawal Selia dan Hak Pengangkutan Darat (LTFRB) supaya segera mengagihkan baucar bahan api kepada pemandu PUV selepas DOT mendapat dana.

Sebagai makluman, Jabatan Pengurusan dan Bajet Filipina (DBM) meluluskan dana tersebut sebagai usaha menyerap kesan kenaikan harga bahan api yang dihadapi kumpulan pemandu PUV.

Bautista berkata, dana itu sudahpun diluluskan DBM, dan DOT akan memastikan pemandu PUV segera menerima bantuan tersebut.

Senarai penerima dilaporkan dikurangkan di peringkat akhir berbanding senarai awal dengan agensi itu menyatakan jumlah penerima sasar program subsidi itu adalah kira-kira 1.64 juta. Kini, dianggarkan 1.36 juta operator akan menerima bantuan subsidi tersebut dengan pecahan berikut:

  • 280,000 unit PUV
  • 930,000 pemandu dan operator kenderaan roda tiga
  • Kira-kira 150,000 penunggang p-hailing

Agihan subsidi pula seperti berikut:

  • Pemandu kenderaan moden awam jeepney dan UV Express moden: 10,000 peso (RM820)
  • Operator pengangkutan lain: 6,500 peso (RM535)
  • Pemandu kenderaan tiga roda: 1,000 peso (RM80)
  • Pekerja penghantar barangan:  1,200 peso (RM100)

SUMBER: Carmudi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan (DOT), Jabatan Pengangkutan Filipina, Jabatan Pengurusan dan Bajet Filipina (DBM), Jaime Bautista, Lembaga Pengawal Selia dan Hak Pengangkutan Darat (LTFRB), roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my