• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / EV Konsep Volkswagen ID.X Performance Tampil Gaya Sporty dalam Operasi AWD!

EV Konsep Volkswagen ID.X Performance Tampil Gaya Sporty dalam Operasi AWD!

October 5, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KEPADA pelanggan yang mahukan kenderaan elektrik (EV), Volkswagen menawarkan siri ID. dalam pelbagai segmen seperti ID.3, ID.4, ID.5, ID.7 dan ID.Buzz.

Daripada sejumlah model itu, ID.7 tampil sebagai sedan saiz sederhana (segmen-D) dengan ukuran 4.96 meter dan lebar 1.86 meter. Dari gambar dapat dilihat dimensi model tersebut yang besar.

Bagi merancakkan segmen dan menambah perasa, Volkswagen memperkenalkan model konsep ID.X Performance di Locarno, Switzerland. Volkswagen yang sinonim dengan kereta sporty dan varian seperti ini semenangnya dialukan dalam dunia EV.

Dari segi penampilan, Volkswagen ID.X Performance menonjol dengan spliter depan dan difuser belakang daripada karbon.

Volkswagen ID.X Performance 2023.07
Volkswagen ID.X Performance 2023.08

Pasukan jurutera menaikkan toe roda sebanyak 80mm dan merendahkan badan kereta 60mm melalui spring absorber rigid. Pengubahsuaian itu menjadikan pengendalian kereta lebih lincah.

Rim cantik dengan rongga halus berukuran 20 inci dipadankan bersama tayar lumba lebar 265mm. Menariknya, kereta ini menggunakan kunci tengah sebagai pengikat roda.

Bahagian belakang diserlahkan dengan sayap karbon dan lampu malap (tinted). Ruang kabin dipasang kerusi buket karbon dan kemasan kabin diserikan aksen merah.

Trenkuasa Volkswagen ID.X Performance terdiri daripada motor segerak (synchronous motor) pada gandar belakang dan tambahan motor tak segerak (asynchronous motor) dalam operasi pacuan semua roda (AWD).

Tetapan motor begitu adalah platform ideal untuk hantaran kuasa singkat atau lonjakan kuasa. Daya kilas pacuan diuruskan Pengurusan Dinamik Kenderaan (VDM) yang juga menguruskan operasi kunci diferensial belakang (RDL).

Nampak sporty dan agresif, tetapi Volkswagen ID.X Performance ini hanya dibuat sebagai model konsep buat masa ini.

BACA >>> Volkswagen Golf R 333 Limited Edition (2024) dengan Kuasa 333ps, 270kmj, Ekzos Akrapovic!
BACA >>> Volkswagen ID.Buzz Dipilih Kereta Terbaik COTY 2023!
BACA >>> Volkswagen Perkenal Unit Pacuan RWD APP550 untuk Model EV, Tork Setinggi 550Nm!
BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!

Volkswagen ID.X Performance 2023.01
Volkswagen ID.X Performance 2023.02
Volkswagen ID.X Performance 2023.03
Volkswagen ID.X Performance 2023.04
Volkswagen ID.X Performance 2023.05
Volkswagen ID.X Performance 2023.06
Volkswagen ID.X Performance 2023.07
Volkswagen ID.X Performance 2023.08
Volkswagen ID.X Performance 2023.09
Volkswagen ID.X Performance 2023.10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: ID.X Performance, Roda4, Volkswagen, Volkswagen ID.X Performance, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev