KAWASAKI melancarkan sportbike 'empat dapur' baharu Kawasaki Ninja ZX-4R (2024) di India semalam dalam satu varian dan satu pilihan warna, iaitu Metallic Spark Black (hitam). Motosikal diimport (CBU) itu ditawarkan pada harga jualan 849,000 rupee (RM47,890).
Sportbike itu akan mengisi lompong pasaran antara model Ninja 650 dan Ninja 400 di India. Penghantaran dijadualkan bermula minggu pertama Oktober 2023.
Kawasaki Ninja ZX-4R (2024) meminjam inspirasi dan memiliki karakter pengendalian hampir sama dengan dua model abang besar, Ninja ZX-10R dan Ninja ZX-6R.
Berikut spesifikasi Kawasaki Ninja ZX-4R (2024) di India:
- Dijana enjin Euro5 4-lejang 16-injap 4-silinder sebaris 399cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) yang menawarkan output kuasa 75hp @ 14,500rpm yang boleh dipertingkat kepada 78hp dengan ram udara, manakala tork 39Nm @ 13,000rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Slipper Clutch. Output kuasa dihasilkan meletakkan Ninja ZX-4R (2024) sebagai model paling berkuasa dalam segmen 400cc di India.
- Sistem suspensi dipasangkan fork dengan travel 120mm boleh laras penuh di belakang, dan monoshock dengan travel 112mm (belakang). Frem jenis trellis keluli tegangan tinggi.
- Rim aloi 17 inci dilengkapi brek cakera kembar semi-apung 290mm dengan kaliper 4-piston (depan) dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang), dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Kawasaki Ninja ZX-4R (2024) mengunakan lampu LED pada lampu utama kembar, lampu signal belok dan lampu belakang yang mirip Ninja ZX-10R.
- Tinggi pelana 800mm, berat kerb 189kg, kapasiti tangki minyak 15 liter dan jarak tinggi bumi 135mm.
- Panel meter digital penuh dan ada empat mod tunggang: Sport, Road, Rain dan Rider.
SUMBER: AutoHindustanTimes
Leave a Reply